Keadaan 'dinamik', tidak menentu di zon konflik: Ini kisah misi bantuan kemanusiaan SG di Gaza
(Gambar: CNA/Syamil Sapari)
Pesawat C-130 Angkatan Udara Republik Singapura (RSAF) dikerah, melalui Jordan, untuk menggugurkan lebih 20 tan makanan, bersamaan dengan 59,000 makanan, selama dua minggu pada Mac.
Pada Selasa (25 Jun), Menteri Pertahanan Ng Eng Hen menganugerahkan 66 pingat perkhidmatan luar negara kepada kakitangan Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) yang terlibat dalam pelbagai misi, termasuk pasukan yang menghantar bantuan kemanusiaan ke Gaza.
Malah, anak kapal C-130 menjalankan operasi menggugurkan bantuan di zon konflik buat pertama kali. Mereka yang bercakap kepada Mediacorp menekankan bahawa mereka sudah bersiap siaga bagi misi tersebut.
Masa mereka di Jordan dipenuhi dengan mesyuarat harian bersama Tentera Udara Diraja Jordan, dengan kedua-dua pihak menilai zon sesuai untuk menggugurkan bantuan, dengan keselamatan orang awam diutamakan, kata Leftenan Kolonel (LTC) Jason Chai, 43 tahun, komander misi udara bagi operasi menggurkan bantuan di Gaza.
LTC Chai, yang juga pegawai pemerintah Skuadron 122 RSAF, berkata "latihan yang dijalani selama bertahun-tahun" oleh anak kapalnya memberi mereka keyakinan dan jaminan bahawa bantuan itu akan sampai "tepat" di tempat yang mereka inginkan.
LANGKAH-LANGKAH PENTING
Pada peringkat perancangan, pasukan SAF itu juga mempersiap diri untuk berdepan sebarang kecemasan dengan menjalani pelbagai senario, seperti kerosakan pada pesawat, kata LTC Chai.
Sebagai pegawai waran operasi di Kumpulan Lapangan Udara SAF, beliau membantu merancang dan memastikan kontena diikat dan pemeriksaan dijalankan.
MENGGUGURKAN BANTUAN
Meskipun pemeriksaan melibatkan beberapa kakitangan, misi menggugurkan bantuan hanya memerlukan dua anak kapal yang mengendalikan kontena bantuan.
Jika dibandingkan dengan latihan menggugurkan bantuan di mana masa ditetapkan, operasi di Gaza memerlukan penyelarasan bersama pihak perancang di dalam kumpulan.
Cuaca sejuk dan angin kencang juga menimbulkan cabaran.
"Ia pengalaman yang berbeza yang tidak pernah kita alami ketika menjalani latihan," kata 3WO Eng.
Anak kapal SAF tersebut selamat pulang ke tanah air pada awal April selepas dua minggu di Jordan.
“Anda sudah...meringankan penderitaan masyarakat yang terjejas di Gaza bagi pihak Singapura,” katanya.
Misi itu menunjukkan keupayaan SAF untuk bertindak dengan cepat dan berkesan kepada satu insiden, dan memberi keyakinan bahawa Singapura boleh memainkan "peranan positif dalam dunia yang bermasalah", tambah Dr Ng.
"Keyakinan ini sangat diperlukan kerana persekitaran keselamatan akan bertambah sukar... Kita perlu menjangkakan kejutan dan lebih banyak perkara dari luar jangkaan kita yang memerlukan tindakan oleh SAF pada masa depan."
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.