Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

KDF Millennium Ride 2019 kumpul lebih $200,000 bantu pesakit buah pinggang

$210,000 berjaya dikumpul sejauh ini bagi membantu para pesakit berpendapatan rendah dari Yayasan Dialisis Buah Pinggang atau KDF.

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: $210,000 berjaya dikumpul sejauh ini bagi membantu para pesakit berpendapatan rendah dari Yayasan Dialisis Buah Pinggang atau KDF.

Dana tersebut hasil kempen yang dilancarkan sejak September lalu sempena projek KDF Millennium Ride 2019.

BERITAmediacorp menemui 60 peserta projek itu yang berbasikal 1,000 kilometer dari Pulau Pinang ke Singapura bermula 10 Januari lalu.

PUAS HATI, TEMPUH PELBAGAI CABARAN

Para peserta KDF Millennium Ride 2019 menempuhi pelbagai cabaran semasa berbasikal dari Pulau Pinang ke Singapura. (Gambar: Epic Cyclist)

Meski letih, senyuman penuh keriangan terukir di wajah para peserta KDF Millenium Ride 2019.

Akhirnya, selepas berbasikal sekitar 10 jam sehari sepanjang lima hari, kesemua 60 anggota selamat sampai ke garisan penamat.

"Saya sangat berpuas hati. Bukan senang untuk mengayuh 1000km. Kami menempuhi pelbagai cabaran," kongsi Shiefulbahari Abdullah, 53 tahun, salah seorang peserta.

Cuaca terik dan jalan berbukit-bukit mencabar setiap daripada mereka, kata beliau.

"Memang kita sudah jangkakan untuk mengayuh sejauh 1,000km tetapi pada saya cabaran yang sebenarnya ialah cuaca panas. Hari yang kedua hujan tetapi sekejap sahaja – 10 minit.

Satu lagi cabaran adalah jalan yang berbukit bakau - langsung tidak pernah dilalui di jalan sekitar Singapura," ujar Shieful yang pertama kali menyertai ekspedisi tersebut.

Pencapaian mereka itu bertambah manis lebih-lebih lagi kerana ia dikongsi bersama 300 pesakit buah pinggang dari KDF.

"79 peratus daripada jumlah terkumpul akan dimanfaatkan oleh para pesakit bagi rawatan dialisis. Kami juga menyediakan subsidi pengangkutan bagi mereka yang tidak boleh berjalan atau menggunakan kerusi roda," kongsi Pengarah KDF Watson Ong.

Sudah masuk tahun ke-6 projek tersebut dijalankan dan sasaran bagi kempen kali ini adalah $350,000.

Orang ramai masih boleh menderma menerusi laman KDF di https://kdf.give.asia/campaign/mride2019 sehingga Jun 2019.

LAPORAN BERKAITAN

Sumber : BERITA Mediacorp/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan