Kawat berduri atas pagar dibaiki selepas kemalangan maut dekat stesen MRT Kallang
Gelung pagar kawat berduri di bahagian atas pagar tinggi bersebelahan landasan kereta api di Kallang sudah diperbaiki dan diperkuatkan selepas seorang lelaki berusia 31 tahun maut minggu lalu a apabila dia digilis sebuah kereta api.

(Gambar: Try Sutrisno Foo, SMRT)
SINGAPURA: Gelung pagar kawat berduri di bahagian atas pagar tinggi bersebelahan landasan kereta api di Kallang sudah diperbaiki dan diperkuatkan selepas seorang lelaki berusia 31 tahun maut minggu lalu a apabila dia digilis sebuah kereta api.
Dalam satu catatan Facebook pada Rabu (3 Mac), SMRT menyatakan bahawa kawat berduri di bahagian atas pagar dekat kawasan gerbang Kallang itu "didapati kendur". Ia sudah pun diperbaiki dan diperkukuh dengan kawat konsertina, menurut pengendali pengangkutan itu.
Sebagai langkah berjaga-jaga, SMRT dan Penguasa Pengangkutan Darat (LTA), bersama-sama memeriksa pemasangan pagar di kawasan gerbang lain dan mengesahkan bahawa keadaan pagar "dalam keadaan baik", tambah catatan itu.
"Pelbagai langkah sudah dilaksanakan untuk memastikan keselamatan premis stesen MRT. Penghadang fizikal seperti palang besi dan pagar setinggi 3 meter sudah dipasang untuk menghalang para penceroboh daripada landasan tersebut. CCTV dilengkapi analitik video juga dipasang dan sistem pengesanan pencerobohan juga digunakan di premis penting," menurut SMRT.
Lelaki berusia 31 tahun itu maut selepas dia dilanggar oleh sebuah kereta api berdekatan stesen MRT Kallang pada 25 Feb.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.