Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kawasan warisan antara usul gantikan tapak Pangkalan Udara Paya Lebar

Anggaran Waktu Membaca:
Kawasan warisan antara usul gantikan tapak Pangkalan Udara Paya Lebar

Gambar: URA

Diterbitkan : 06 Jun 2022 02:14PM Dikemas Kini : 06 Jun 2022 02:15PM

SINGAPURA: Apabila Pangkalan Udara Paya Lebar dipindahkan pada tahun 2030-an kelak, tapak yang didudukinya sekarang mungkin diubah menjadi sebuah kawasan warisan yang dibangunkan di sekitar prasarana sedia ada seperti menara kawalan, bangunan menyenggara pesawat serta bekas bangunan terminal penumpang.

Ini merupakan antara cadangan yang diusulkan oleh Institut Arkitek Singapura (SIA) dan Institut Perancang Singapura (SIP), yang dilibatkan sama oleh Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA) untuk mencerna idea bagi mengubah tapak berkenaan buat keperluan masa hadapan. 

Tapak tersebut terletak di antara Hougang dengan Serangoon di sebelah baratnya, dengan bahagian timurnya di antara Pasir Ris dengan Tampines.

Kawasan itu, seluas 800 hektar (ha) atau bersamaan dengan lima bandar Toa Payoh, akan dibebaskan untuk pembangunan sejurus pangkalan udara tersebut dipindahkan. 

Tapak itu akan dibangunkan secara bertahap-tahap untuk menjadi sebuah bandar baru yang meliputi bangunan perumahan dan kemudahan rekreasi serta ruang bekerja. 

Sebagai contoh, landasan kapal terbang sepanjang 3.8 kilometer (km) boleh diubah menjadi sebuah ruang masyarakat yang besar dengan penggunaan yang fleksibel.

Sekatan ketinggian di sekitar kawasan Paya Lebar juga akan digugurkan, lantas membolehkan bangunan lebih tinggi dibina di kawasan tersebut pada masa hadapan.

Cadangan lain termasuk sebuah bandar yang kurang menggunakan kenderaan ataupun "car-lite" di mana mod pengangkutan utama di kawasan kejiranan tersebut adalah dengan berjalan kaki, berbasikal, pengangkutan awam dan kenderaan tanpa pemandu. 

Ini selain cadangan untuk menjadikan ia sebuah bandar yang mampan serta cekap tenaga, dengan sekurang-kurangnya separuh daripada keperluan tenaga bandar itu boleh dibekalkan oleh ladang suria dan loji yang mengubah sisa kepada tenaga.   

Menurut URA, idea serta konsep itu akan dikaji dengan lebih terperinci lagi dan dipertimbangkan untuk pembangunan pelan induk masa hadapan kawasan tersebut.

fullmap
Gambar: URA
Sumber : CNA/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan