Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kawasan undi Kolam Ayer lancar inisiatif galak amalan mesra alam

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Kawasan undi Kolam Ayer memperkenalkan beberapa inisiatif baharu untuk 'upcycle' iaitu menggunakan semula bahan sedia ada untuk dijadikan produk baharu yang nilainya bertambah.

Menerusi kaedah tersebut, ia ingin menggalak sebuah masyarakat yang lebih mampan.

Langkah-langkah mesra alam itu dikongsi semasa lawatan Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga Masagos Zulkifli ke kawasan undi Kolam Ayer pada Ahad (3 Dis) pagi.

Antara inisiatif yang dijalankan termasuk mengubah pakaian-pakaian lama menjadi barangan baharu seperti beg beli-belah.

Selain itu, jualan amal barangan terpakai juga diadakan dan hasilnya digunakan untuk membantu pelajar dari keluarga memerlukan.

Setiap tiga bulan, para penduduk dan rakan masyarakat memberi sumbangan makanan serta barangan keperluan lain untuk membantu sekitar 300 keluarga bergaji rendah.

Demi mengelak pembaziran, penduduk dibenar memilih barangan yang mereka inginkan.

"Saya berbesar hati kerana ramai yang tampil ke hadapan untuk bersama kita dalam kegiatan-kegiatan yang kami anjurkan," kata Anggota Parlimen (AP) GRC Jalan Besar Dr Wan Rizal Wan Zakaria.

"Penting untuk kita mengadakan program-program sebegini, program di mana kita kongsi amalan mesra alam, di mana kita adakan program menjaga kesihatan, bukan sahaja dari segi fizikal tetapi juga mental dan saya rasa ini adalah penting untuk kita menjadi satu masyarakat yang prihatin antara satu sama lain," tambahnya.
Sumber : CNA/NY/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan