Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kawasan undi East Coast diubah bagi sertakan Pedra Branca

Kawasan undi East Coast akan diubah bagi menyertakan pulau Pedra Branca.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 01 Feb 2019 02:29PM Dikemas Kini : 02 Feb 2019 12:42AM

SINGAPURA: Kawasan undi East Coast akan diubah bagi menyertakan pulau Pedra Branca.

Demikian menurut pemberitahuan yang dikeluarkan pada Jumaat (1 Feb) oleh Perdana Menteri Lee Hsien Loong, di bawah Seksyen 8 Akta Pilihan Raya Parlimen, yang diterbitkan dalam Warta Pemerintah.

Kawasan undi East Coast sudah merangkumi Tampines, Simei, Bedok, Upper Changi Road dan beberapa pulau seperti Coney Island (Pulau Serangoon), Pulau Ubin dan Pulau Tekong.

Dalam kenyataan medianya, Jabatan Pilihan Raya menyatakan bahawa Daftar Pengundi akan dibuka bagi pemeriksaan awam selama dua minggu pada hujung Februari ini. 

Sesiapa yang memenuhi kriteria kelayakan setakat 1 Feb - tarikh akhir bagi Daftar Pengundi - namanya akan disertakan dalam daftar bagi kawasan undi tersebut jika beliau:

- Seorang rakyat Singapura;

- Berusia sekurang-kurangnya 21 tahun;

- Tidak dibenarkan mengundi di bawah sebarang undang-undang;

- (i) mempunyai alamat kediaman di Singapura pada NRICnya;

atau (ii) jika menetap di luar negara, dan sudah menukar alamat NRIC kepada alamat luar negara, mempunyai alamat Singapura yang berdaftar dengan Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) atas tujuan mengundi (Local Contact Address).  

Sumber : CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan