Kawasan terjejas di Sentosa dikepung beberapa jam susuli tumpahan minyak pada 14 Jun
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: CNA/Davina Tham)
SINGAPURA: Perbadanan Pembangunan Sentosa (SDC) mula mengepung kawasan yang terjejas oleh tumpahan minyak di Pantai Palawan beberapa jam selepas ia pertama kali dimaklumkan oleh Penguasa Maritim dan Pelabuhan Singapura (MPA) mengenai insiden tersebut pada Jumaat (14 Jun).
Kapal pengorek Vox Maxima melanggar kapal tangki Marine Honour di Terminal Pasir Panjang pada sekitar pukul 2.20 petang hari itu, sekali gus menyebabkan minyak daripada tangki kargo kapal Marine Honour tertumpah ke dalam perairan.
Menjawab soalan Mediacorp, SDC menyatakan pada Isnin (17 Jun) bahawa ia mula memantau perairan untuk melihat sama ada minyak kemungkinan merebak ke pantai-pantai di Sentosa selepas dimaklumkan MPA pada petang Jumaat.
Pada kira-kira pukul 9.20 malam, SDC menyatakan ia mula mengepung kawasan terjejas di Pantai Palawan, sedang kerja-kerja pembersihan dimulakan pada pagi keesokan harinya.

Pantai di Sentosa masih dibuka kepada orang awam, namun kegiatan laut dan aktiviti berenang masih belum dibenarkan di Pantai Tanjong, Palawan dan Siloso.
Pantai di tiga pulau Singapura - Pulau Sekijang Bendera (St John's Island), Pulau Sekijang Pelepah (Lazarus Island) dan Pulau Kusu - masih ditutup sehingga dimaklumkan kelak.
Demikian menurut pihak berkuasa pada petang Ahad (15 Jun), berikutan tumpahan minyak pada Jumaat yang merebak ke beberapa pantai.
Kawasan B dan H Taman East Coast juga ditutup.
Jeti dan pesisir pantai yang berbatu di Hutan Simpanan Labrador turut ditutup sejak Sabtu (14 Jun).
ENJIN GAGAL BERFUNGSI, HILANG KAWALAN
Dalam satu kenyataan bersama, MPA dan Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA), Lembaga Taman Negara (NParks), dan SDC pada Ahad menyatakan kapal Vox Maxima melaporkan bahawa enjinnya gagal berfungsi dan ia hilang kawalan sebelum melanggar kapal tangki itu pada Jumaat.
Ia menyebabkan keretakan pada tangki minyak kapal itu, sehingga minyak rendah sulfur tersebut dilepaskan ke laut.
"Disebabkan ombak, sebahagian minyak yang tertumpah merebak ke sepanjang kawasan pantai di selatan termasuk Sentosa, Hutan Simpanan Labrador, Pulau-Pulau Selatan, Marina South Pier dan Taman East Coast."
Siasatan oleh MPA masih dijalankan dan kapten serta anak kapal tersebut sedang membantu dalam siasatan.
Usaha pembersihan bgai tumpahan minyak itu juga berjalan dengan lancar. Oil Spill Response Limited (OSRL), syarikat antarabangsa terbesar dibiayai oleh industri itu, yang menyediakan perkhidmatan tindak balas bagi tumpahan minyak, sedang membantu usaha pembersihan.
Orang awam dinasihatkan untuk tidak mendekati kawasan pantai yang terjejas sedang kerja-kerja pembersihan dijalankan.

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.