Kawasan tengah SG bakal dapat laluan baru berbasikal mulai 2024
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar: LTA
SINGAPURA: Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) telah mengeluarkan tender bagi pembinaan laluan berbasikal baru sepanjang 20 kilometer di kawasan tengah Singapura, meliputi Bukit Merah, Telok Blangah, Kallang dan kawasan bandar.
Menurut LTA dalam satu kenyataan pada Isnin (5 Jun) laluan berbasikal baru itu akan disiapkan secara bertahap-tahap mulai 2024.
Ia akan menghubungkan penduduk ke kemudahan utama termasuk khidmat pengangkutan seperti stesen MRT, sekolah dan pusat kejiranan seperti Bukit Merah, Boon Keng dan Tiong Bahru.
Lakaran artis menunjukkan laluan berbasikal itu dibina di sepanjang jalan dan sealiran dengan landasan MRT, serta terletak berhampiran dengan pusat beli-belah seperti Tiong Bahru Plaza dan Clarke Quay.
LTA juga menyatakan kerja-kerja kepada kemudahan sedia ada, seperti longkang dan perhentian bas, mungkin diperlukan kerana keterbatasan ruang di kawasan tersebut.
"LTA akan bekerjasama rapat dengan agensi lain untuk menilai pilihan ini dan melibatkan pihak berkepentingan lain yang berkaitan sebelum sebarang perubahan dilakukan."
LTA telah mempercepatkan pembinaan laluan berbasikal di seluruh pulau sebagai sebahagian daripada program Rangkaian Berbasikal Merata Pulau (ICN).
Awal tahun ini, LTA mengeluarkan tender lain untuk pembinaan laluan berbasikal di tujuh bandar yang terletak di timur dan timur laut Singapura.
"Lebih banyak tender laluan berbasikal, termasuk untuk laluan berbasikal di kawasan Barat, sedang dalam perancangan dan butiran penambahbaikan yang dirancang akan dikongsi kelak," kata LTA.
Dilancarkan pada 2020, Rangkaian Berbasikal Merata Pulau bertujuan untuk membina laluan berbasikal di setiap bandar HDB.
Apabila siap sepenuhnya pada 2030, rangkaian itu akan meliputi laluan berbasikal sepanjang kira-kira 1,300 kilometer dan membolehkan lapan daripada 10 penduduk HDB berada dalam jarak beberapa minit dari laluan berbasikal terdekat mereka.

Sumber : BERITA Mediacorp/SU/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.