Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kawasan sepanjang Punggol Promenade Nature Walk dihadang; penunggang basikal cedera disondol babi hutan

Anggaran Waktu Membaca:
Kawasan sepanjang Punggol Promenade Nature Walk dihadang;  penunggang basikal cedera disondol babi hutan
Diterbitkan : 06 Dec 2022 12:46AM Dikemas Kini : 06 Dec 2022 06:24AM

SINGAPURA: Sebuah kawasan di Punggol Promenade Nature Walk telah dihadang berikutan kejadian yang melibatkan seorang penunggang basikal dan babi hutan liar, kata Lembaga Taman Negara (NParks) pada Isnin (5 Dis).

Menurut NParks pihaknya dimaklumkan mengenai kejadian di penyambung taman berhampiran laluan semula jadi itu pada kira-kira pukul 9.00 malam,  29 Nov.

"Demi keselamatan pengguna taman, kami telah mengepung pinggir hutan kawasan terjejas di sepanjang Punggol Promenade Nature Walk, bertentangan dengan Taman Pulau Serangoon, untuk mencegah babi hutan liar daripada memasuki Rangkaian Penyambung Taman," tambahnya.

Pengguna Facebook William Chew dalam satu catatan pada Jumaat berkata  bapanya sedang berbasikal di Punggol Promenade Nature Walk apabila lelaki berusia 70 tahun itu "disondol" seekor babi hutan dewasa.

"Kesannya begitu kuat  menyebabkan dia jatuh tertiarap dengan topi keledar retak," kata Encik Chew, sambil menambah bapanya mengalami luka melecet dan luka pada keningnya yang memerlukan jahitan.

Pemeriksaan susulan di Hospital Besar Sengkang mendapati bapanya itu mengalami beberapa keretakan pada tulang pipinya.

NParks berkata  ia telah menghubungi  penunggang basikal itu.

Pengarah kumpulan bagi pengurusan hidupan liar di NParks, Dr Adrian Loo, berkata kawasan Punggol tidak mempunyai jumlah babi hutan yang besar. NParks juga tidak menerima sebarang maklum balas negatif  mengenai insiden membabitkan babi hutan di kawasan itu tahun ini.

Dr Loo menasihatkan orang ramai agar bertenang sebaik mungkin jika mereka berdepan dengan babi hutan.

Mereka juga harus bergerak perlahan-lahan menjauhi haiwan itu, jaga jarak yang selamat dan elak daripada mengacau haiwan tersebut.

"Sekiranya babi hutan dewasa dilihat bersama anak babi, jangan hampirinya kerana haiwan itu boleh menjadi agresif apabila cuba melindungi anaknya. Orang ramai juga harus mengelak daripada memberi makan kepada babi hutan," tambah Dr Loo.

Orang ramai boleh menghubungi Pusat Tindak Balas Haiwan di talian 1800-476-1600 untuk melaporkan sebarang kejadian babi hutan.

Sumber : CNA/SU/su
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan