Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kawasan rumah baru di one-north bakal dibangunkan

Satu pilihan tempat tinggal yang pertama seumpamanya akan diperkenalkan di kawasan one-north dalam masa tiga tahun.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 20 Sep 2018 09:37PM Dikemas Kini : 20 Sep 2018 09:41PM

SINGAPURA: Satu pilihan tempat tinggal yang pertama seumpamanya akan diperkenalkan di kawasan one-north dalam masa tiga tahun.

Dipanggil 'Lyf one-north Singapore' projek pembangunan tersebut akan mempunyai ruang-ruang awam kreatif bagi kegiatan sosial dan perniagaan yang dikongsi oleh para penduduk.

Ascott Reit berjaya memenangi tender JTC bagi projek itu dengan mengemukakan bidaan S$62.4 juta untuk tapak tanahnya di Nepal Hill.

Ia juga akan menganjurkan program-program untuk menggalak kewujudan sebuah masyarakat yang bertenaga dan berkolaboratif sepanjang tahun.

Projek itu menambah pilihan-pilihan perumahan sedia ada di one-north seperti rumah banglo hitam dan putih, apartmen tanpa lif serta kondominium.

Sumber : CNA/FZ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan