Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kawasan Pangkalan Udara Paya Lebar bakal dibangun semula

Sebuah taman pertanian, bandar dalam hutan dan kawasan flora dan fauna merupakan antara idea-idea yang memenangi hadiah dalam satu peraduan mengenai apa yang ingin dilihat sekitar kawasan Pangkalan Udara Paya Lebar, pada masa depan.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 02 Sep 2020 07:41PM Dikemas Kini : 02 Sep 2020 08:55PM

SINGAPURA: Sebuah taman pertanian, bandar dalam hutan dan kawasan flora dan fauna merupakan antara idea-idea yang memenangi hadiah dalam satu peraduan mengenai apa yang ingin dilihat sekitar kawasan Pangkalan Udara Paya Lebar, pada masa depan.

Kawasan tersebut bakal dibangunkan semula selepas pangkalan itu dipindahkan mulai 2030.

Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA) yang menganjurkan peraduan itu bersama beberapa badan profesional menyatakan, para pemenang meraikan warisan kawasan tersebut.

Selain itu pada masa yang sama, mengutarakan reka bentuk yang mengambil kira cabaran-cabaran seperti isu kemampanan.

Hadiah utama dalam kategori terbuka dimenangi syarikat Formwerkz Architects, ID Architects dan AWP Architects, bagi saranan merubah landasan 3.8 kilometer menjadi platfom lebih tinggi.

Sumber : CNA/AA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan