Kawasan Larangan Sementara diwujudkan di sekitar litar Grand Prix F1
Sebuah Kawasan Larangan Sementara atau TRA kini diwujudkan di sekitar litar Grand Prix F1.
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Sebuah Kawasan Larangan Sementara atau TRA kini diwujudkan di sekitar litar Grand Prix F1.
Ia bagi membenarkan helikopter membuat penerbangan rendah untuk merakam acara perlumbaan F1 secara selamat dan melindungi orang awam.
Penguasa Penerbangan Awam Singapura (CAAS) menyatakan semua kegiatan udara, termasuk menerbangkan layang-layang serta dron, dilarang sama sekali di zon TRA.
Ini melainkan kegiatan tersebut sudah memperolehi permit daripada CAAS.
Sekatan sedia ada ke atas penggunaan dron dan udara, dalam jarak lima kilometer dari zon lapangan terbang kecil dan zon terkawal seperti di Orchard serta City Hall, kekal dikuatkuasakan.
Mereka yang melakukan kegiatan udara tanpa kebenaran di kawasan terlarang boleh didenda sehingga S$20,000 bagi kesalahan pertama.
Hukuman bagi kesalahan berulang adalah denda sehingga S$40,000 atau penjara selama 15 bulan.

Sumber : CNA/FZ/az
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.