Kawalan lebih ketat mungkin dikenakan ke atas para pengendali pengangkutan udara, laut dan darat
Di bawah draf pindaan dikemukakan di parlimen pada Rabu (3 Apr), entiti tersebut mungkin dipilih oleh pihak berkuasa relevan - Penguasa Penerbangan Awam Singapura (CAAS), Penguasa Maritim dan Pelabuhan Singapura (MPA) atau Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) - jika mereka adalah "entiti penting yang terlibat dalam menyediakan khidmat pengangkutan asas" di Singapura.
Rang Undang-Undang tersebut bertujuan untuk mengukuhkan daya bingkas "syarikat-syarikat penting" dalam sektor pengangkutan udara, laut dan darat di Singapura, serta melindungi penyediaan khidmat pengangkutan asas.
Demikian menurut Kementerian Pengangkutan (MOT) dalam kenyataan media diterbitkan pada Rabu (3 Apr).
"Pandemik COVID-19 telah mengukuhkan kepentingan hab udara dan laut kami, manakala pengangkutan awam kekal penting untuk memastikan perjalanan yang selamat dan boleh diharapkan di Singapura," kata jurucakap MOT.
Penilaian terhadap pengawalan sektor tertentu bagi sektor pengangkutan selaras dengan Akta Penilaian Pelaburan Penting yang diluluskan pada Januari, tambah jurucakap itu.
Entiti di bawah perundangan sektor MOT tidak akan termasuk di bawah Akta Penilaian Pelaburan Penting pada masa yang sama, dedah MOT dalam kenyataan media pada Rabu.
Di bawah pindaan yang dicadangkan, entiti yang dipilih akan berdepan tiga jenis pengawalan, kata jurucakap MOT.
Pengawalan pemilik akan memastikan beberapa perubahan pada proses pengawalan "untuk melindungi daripada pengaruh berbahaya".
Pengawalan dan pelantikan jawatan pengurusan akan memastikan individu yang "bertangunggjawab" atas pengurusan entiti yang dipilih adalah sesuai, dan tidak "bercanggah dengan kepentingan negara", tambah jurucakap tersebut.
Di bawah perundangan yang dicadangkan itu, entiti terpilih harus mendapatkan izin daripada pihak berkuasa yang relevan ketika melantik Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan pengerusi lembaga pengarah mereka. Ia termasuk lembaga pengarah jika entiti tersebut adalah pengendali berlesen, kata jurucakap itu.
Undang-undang kini memerlukan pengendali pengangkutan awam untuk mendapatkan izin LTA untuk melantik CEO dan anggota lembaga pengarah.
Jika Rang Undang-Undang itu diluluskan, entiti terpilih harus memaklumkan pihak berkuasa relevan tentang kejadian yang mungkin"menjejas" penyediaan khidmat pengangkutan asas di Singapura, kata jurucakap MOT itu.
Pengawalan operasi dan sumber akan memastikan entiti tersebut mempunyai sumber yang cukup dan keupayaan untuk menyediakan khidmat pengangkutan awam asas, tambahnya.
Jika Rang Undang-Undang itu diluluskan, Menteri Pengangkutan, boleh memberi perintah pentadbiran istimewa selepas permohonan oleh pihak berkuasa relevan, untuk memastikan khidmat tersebut diteruskan, di dalam "senario ekstrim" di mana entiti operasi yang dipilih tidak dapat menyediakan khidmat pengangkutan dengan selamat dan boleh diharapkan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.