Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kaum wanita digesa kerap jalani pemeriksaan, dapatkan suntikan vaksin diperlukan

Anggaran Waktu Membaca:
Kaum wanita digesa kerap jalani pemeriksaan, dapatkan suntikan vaksin diperlukan

Pekerja pejabat di Raffles Place di Singapura pada 4 Januari 2022. (Gambar: Roslan Rahman/AFP)

SINGAPURA: Kaum wanita di Singapura digesa supaya kerap menjalani pemeriksaan dan mendapatkan suntikan vaksin yang diperlukan.

Jawatankuasa Kesihatan Wanita menganjurkan sebuah karnival untuk meningkatkan kesedaran terhadap keperluan kesihatan yang berbeza merentasi fasa-fasa penting dalam kehidupan seorang wanita.

Semasa berlangsung karnival itu pada Ahad (16 Okt), gadis dan remaja perempuan turut digalak supaya mendapatkan vaksin papiloma-virus manusia (HPV).

Wanita yang mencecah usia 50 tahun pula digesa supaya menjalani pemeriksaan mamogram setiap dua tahun untuk mengesan barah payudara lebih awal.

Setiausaha Parlimen Kanan Kesihatan Rahayu Mahzam berkata usaha-usaha sedang dijalankan untuk memudahkan kaum wanita di Singapura mengambil langkah-langkah bagi meningkatkan kesihatan masing-masing.

Cik Rahayu turut menarik perhatian pemeriksaan kesihatan adalah penting untuk pengesanan awal dan pengurusan penyakit kronik yang lebih baik sedang anak perempuan melangkah ke usia dewasa.

Penyakit-penyakit kronik itu termasuk kencing manis, tekanan darah tinggi, penyakit jantung dan sesetengah jenis barah pada usia yang lebih lanjut.
Sumber : CNA/ZM/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan