Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kategori estet 'matang', 'bukan matang' mungkin digugurkan, diganti label 'separa matang' selepas semakan

Anggaran Waktu Membaca:
Kategori estet 'matang', 'bukan matang' mungkin digugurkan, diganti label 'separa matang' selepas semakan

Flat-flat HDB dengan pemandangan latar langit Singapura. (Ga,bar: Calvin Oh/CNA)

Diterbitkan : 24 Nov 2022 03:30PM Dikemas Kini : 08 Dec 2022 11:30PM
SINGAPURA: Istilah estet perumahan awam 'matang' dan 'bukan matang' mungkin digantikan selepas satu semakan dibuat bagi klasifikasi tersebut. Satu lagi kemungkinan ialah kategori ketiga dimasukkan iaitu estet perumahan 'separa matang' atau estet 'baru', menurut pakar perumahan.

Seandainya istilah tersebut diganti, penganalisis melihat dua alternatif, iaitu klasifikasi baru berdasarkan lokasi atau jarak flat yang dibina di bawah model Perumahan Awam Lokasi Utama (PLH).

Model PLH diperkenalkan tahun lalu unutk memastikan semua flat HDB yang terletak di lokasi utama dan pusat, seperti pusat bandar dan kawasan sekitarnya, akan kekal dimampui dan diakses oleh lebih ramai pembeli.

Pun begitu, satu lagi pilihan adalah berdasarkan jumlah penduduk di sesuatu kawasan, menurut penganalisis perumahan.

Menteri Pembangunan Negara Desmond Lee, berkata pada Ahad (20 Nov) bahawa klasifikasi estet matang dan belumi matang sedang disemak.

Estet dan bandar yang dianggap matang "biasanya mempunyai tanah terhad untuk pembangunan perumahan awam", kata MND dalam jawapan bertulis kepada soalan parlimen pada 2017.

Sebaliknya, estet dan bandar yang bukan matang "di mana terdapat lebih banyak tanah untuk pembangunan perumahan awam", tambahnya ketika itu.

Mengulas pada Ahad (20 Nov), Encik Lee berkata semakan itu perlu kerana perbezaan antara estet matang dan belum matang sudah menjadi kurang relevan dari masa ke masa kerana kemudahan di beberapa estet bukan matang agak setaraf dengan kemudahan di estet matang.

Langkah untuk menyemak semula klasifikasi itu dilakukan di tengah-tengah kebimbangan golongan muda yang gagal mendapatkan flat Bina-Ikut-Tempahan (BTO) setelah beberapa percubaan.

ADAKAH KLASIFIKASI 'MATANG' DAN 'BUKAN MATANG' DIKEKALKAN SETELAH SEMAKAN?

Beberapa pakar bersetuju bahawa kategori ketiga dipanggil "estet baru" atau "estet separa matang" adalah satu kemungkinan.

Encik Pow Ying Khuan, ketua penyelidik di syarikat teknologi hartanah 99.co berkata "Estet baru seperti Sengkang, Punggol dan Jurong East adalah estet yang tidak terletak di tengah Singapura, namun mempunyai kemudahan yang baik."

Encik Lee Sze Teck, pengarah kanan dan ketua penyelidikan di firma hartanah Huttons Asia, bersetuju bahawa klasifikasi "estet baru" boleh ditambah, dan mungkin juga termasuk bandar baru Tengah dan Bidadari.

Encik Pow dan Cik Christine Sun, naib presiden kanan syarikat penyelidikan dan analitik OrangeTee & Tie, mencadangkan lokasi geografi dan bukan bekalan tanah, sebagai cara estet perumahan disenaraikan.

Encik Pow berkata estet perumahan boleh dibahagikan kepada empat kumpulan berdasarkan lokasi umum ini:

Greater Southern Waterfront
Pinggir bandar seperti Geylang, Bukit Timah, Clementi, Bukit Merah dan, Bishan
Timur dan timur laut
serta Utara dan barat

Jika semakan itu mengubah status mana-mana estet bukan matang kepada estet matang, pembeli rumah mungkin mengubah fikiran mereka terhadap kedua-dua jenis estet tersebut, sekali gus menyebabkan lebih banyak permintaan dan harga yang tinggi, kata Encik Lee Sze Teck dari Huttons Asia.
 
Sumber : Today/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan