Katak beku, daging lembu & makanan laut antara 2.2 tan makanan diimport secara haram dirampas SFA
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar: SFA
SINGAPURA: Sekitar 2.2 tan makanan yang diimport secara haram dari Vietnam dirampas semasa Agensi Makanan Singapura (SFA) melancarkan serbuan ke atas sebuah bangunan perindustrian lama di Senoko pada Khamis (13 Apr).
Barangan yang dirampas itu termasuk daging babi, daging lembu, ayam, ikan dan katak yang dibekukan.
Ia diimport secara haram daripada sumber yang tidak diluluskan dan tanpa sebarang lesen yang sah, menurut SFA dalam kenyataan media yang dikeluarkan pada Sabtu (15 Apr).
Menurut kenyataan SFA, seorang wanita didapati mengendalikan gudang tersebut, yang sebahagiannya digunakan sebagai kedai sejuk tidak berlesen dengan tujuh peti sejuk besar dan dua peti pendingin.
Para pegawai SFA juga menemui 470 botol minuman keras dan pelbagai jenis ubat-ubatan. Kes-kes tersebut dirujuk kepada Kastam Singapura dan Penguasa Sains Kesihatan (HSA).
"Produk makanan yang diimport secara haram daripada sumber yang tidak diketahui, boleh menimbulkan risiko kesihatan makanan," nyata SFA, sambil menambah bahawa makanan yang diimport mesti mematuhi piawai yang ditetapkan.
Penyimpanan daging dan makanan laut di kemudahan yang tidak berlesen juga membawa risiko kesihatan makanan, tambah agensi tersebut.
Sesiapa yang didapati memiliki produk daging dan makanan laut, yang diimport tanpa permit sah bagi tujuan untuk dijual boleh didenda sehingga S$50,000, dihukum penjara sehingga dua tahun, atau kedua-duanya sekali. Pesalah berulang akan berdepan dengan hukuman yang lebih berat.
Pesalah yang menyimpan produk daging dan/atau makanan laut di kemudahan yang tidak berlesen pula boleh didenda sehingga S$10,000, dipenjara sehingga setahun atau kedua-duanya sekali.

Sumber : CNA/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.