Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kastam Singapura rampas 3,744 karton rokok seludup di Jurong

Lebih 3,700 rokok tidak dibayar cukai dirampas dalam satu operasi yang dijalankan berhampiran Corporation Drive di Jurong, menurut Kastam Singapura pada Rabu (7 Sep).

Anggaran Waktu Membaca:
Kastam Singapura rampas 3,744 karton rokok seludup di Jurong

3,744 karton rokok tidak dibayar cukai dirampas oleh Kastam Singapura. (Gambar: Kastam Singapura)

SINGAPURA: Lebih 3,700 rokok tidak dibayar cukai dirampas dalam satu operasi yang dijalankan berhampiran Corporation Drive di Jurong, menurut Kastam Singapura pada Rabu (7 Sep).

Kastam Singapura menyatakan para pegawainya menjalankan operasi pada Isnin di sebuah bangunan perindustiran berdekatan Corporation Drive, di mana mereka mengawasi sebuah unit yang dimasuki dua lelaki awal dari itu.

Ketika seorang daripada lelaki itu meninggalkan bangunan tersebut, para pegawai memasuki unit itu untuk menjalankan pemeriksaan.

Sebanyak 3,744 karton rokok seludup ditemui, dibalut dalam beg plastik sampah hitam. Terdapat juga 288 bakul hijau kosong yang dipercayai digunakan untuk menyembunyikan muatan rokok tidak dibayar cukai itu.

Kedua-dua lelaki, warga Bangladesh berusia 38 tahun dan rakyat Singapura berumur 24 tahun, sudahpun ditangkap.

Jumlah cukai serta Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang dielakkan masing-masing berjumlah sekitar S$319,730 dan $25,440.

"Perbuatan membeli, menjual, menghantar, menyimpan, memiliki atau berurusan dengan barangan tidak dibayar cukai merupakan kesalahan serius di bawah Akta Kastam dan Akta GST," menurut agensi tersebut.

Pesalah boleh didenda sehingga 40 kali jumlah cukai dan GST yang dielakkan, dipenjara tidak melebihi enam tahun atau kedua-duanya sekali.
Sumber : CNA/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan