Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kastam SG rampas lebih 500 karton rokok seludup di Yishun

Anggaran Waktu Membaca:
Kastam SG rampas lebih 500 karton rokok seludup di Yishun

(Gambar: Kastam Singapura)

Diterbitkan : 24 Nov 2022 07:37PM Dikemas Kini : 24 Nov 2022 07:37PM

SINGAPURA: Lebih 500 karton dan 700 bungkus rokok yang tidak dibayar cukai, dirampas dalam satu operasi di Yishun.


Demikian menurut Kastam Singapura pada Khamis (24 Nov).

Dalam operasi pada Selasa (22 Nov), para pegawai melaksanakan pemeriksaan ke atas tiga lelaki dan dua lori di dalam sebuah gudang di bangunan industri di Yishun Industrial Street 1.

Rokok-rokok yang tidak dibayar cukai, dijumpai tersembunyi di beberapa bahagian kenderaan tersebut yang diubah, di bawah katil kargo kedua-dua kenderaan tersebut, lapor Kastam Singapura.

Secara keseluruhannya, 512 karton dan 759 bungkus rokok seludup dirampas. Tiga lelaki, yang kesemuanya merupakan rakyat Malaysia dalam lingkungan usia antara 28 sehingga 33 tahun, sudahpun ditangkap.

Dalam operasi susulan itu, para pegawai kastam merampas dua lori lain yang diletakkan di lokasi-lokasi berasingan, yang disyaki digunakan untuk menyeludup rokok yang tidak dibayar cukai ke Singapura pada tarikh lebih awal.

Ketiga-tiga lelaki tersebut didakwa menerima upah untuk menanggalkan bahagian-bahagian lori tersebut dan mengambil rokok yang diseludup daripada gedung tersebut, menurut Kastam Singapura.

Jumlah cukai serta Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang dielakkan masing-masing berjumlah sekitar S$50,200 dan S$3,990.

Siasatan masih dijalankan.

"Perbuatan membeli, menjual, menghantar, menyimpan, memiliki atau berurusan dengan barangan tidak dibayar cukai merupakan kesalahan serius di bawah Akta Kastam dan Akta GST," menurut agensi tersebut.

Pesalah boleh didenda sehingga 40 kali jumlah cukai dan GST yang dielakkan, dipenjara tidak melebihi enam tahun atau kedua-duanya sekali.

Kenderaan-kenderaan yang digunakan dalam melaksanakan kesalahan-kesalahan tersebut juga boleh dirampas.

Sumber : CNA/SS/ss

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa