Skip to main content

Singapura

Kastam SG rampas 3,000 karton rokok elak cukai S$400,00; 2 diberkas

Anggaran Waktu Membaca:
Kastam SG rampas 3,000 karton rokok elak cukai S$400,00; 2 diberkas

Gambar hiasan: Istock

Diterbitkan : 28 Mar 2024 11:26AM
SINGAPURA: Sekitar 3,000 karton dan 6,900 kotak rokok yang tidak dibayar cukai telah dirampas dalam satu operasi penguatkuasaan Kastam Singapura pada Isnin (25 Mac) di sebuah bangunan perindustrian di Chai Chee Lane.

Demikian menurut kenyataan Kastam Singapura pada Khamis (28 Mac).

Dua lelaki Malaysia berusia 28 dan 44 tahun ditangkap dan mereka telah didakwa di mahkamah pada Rabu.

Semasa operasi itu, dua lelaki tersebut dilihat menolak sebuah troli dengan kotak ke arah sebuah
lori di tempat pemunggahan.

Para pegawai menjalankan pemeriksaan dan mendapati sebanyak 860 karton dan 1,380 kotak rokok tidak dibayar cukai di atas troli dan di dalam lori.

Dalam pemeriksaan susulan di sebuah unit penyimpanan di bangunan yang sama, para pegawai menemui lagi 2,168 karton dan 5,533 kotak rokok tidak dibayar cukai disembunyikan dalam kotak yang dilabel sebagai biskut.

Siasatan mendapati kedua-dua lelaki itu ditugaskan untuk mengambil rokok yang belum dibayar cukai daripada kotak yang dilabel sebagai biskut untuk pembungkusan semula sebelum diangkut ke dalam lori untuk penghantaran.

Semua rokok tanpa cukai yang ditemui dan lori itu telah dirampas.

Jumlah cukai dan GST yang tidak dibayar berjumlah kira-kira $403,067.

Membeli, menjual, menghantar, menyimpan, memiliki atau berurusan dengan barang tidak dibayar cukai adalah satu kesalahan serius di bawah Akta Kastam dan Akta GST.

Pesalah boleh didenda sehingga 40 kali ganda jumlah cukai, dan GST yang tidak dibayar dan/atau dipenjarakan
sehingga enam tahun.

Kenderaan yang digunakan dalam melakukan kesalahan tersebut juga boleh dirampas.
 
Sumber : CNA/SU/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita