Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kastam S'pura rampas 670 botol arak dihasilkan secara haram; 2 lelaki diberkas

Dua lelaki diberkas pada Jumaat lalu (6 Ogos) apabila para pegawai kastam menemui beratus-ratus botol mengandungi minuman keras yang dihasilkan secara haram dan kemudahan pengeluaran arak haram.

Anggaran Waktu Membaca:
Kastam S'pura rampas 670 botol arak dihasilkan secara haram; 2 lelaki diberkas

Peralatan dan perkakas yang digunakan untuk membuat minuman keras yang didapati di unit perindustiran Woodlands East pada 6 Ogos 2021. (Gambar: Kastam Singapura)

Diterbitkan : 13 Aug 2021 12:00PM Dikemas Kini : 13 Aug 2021 12:02PM

SINGAPURA: Dua lelaki diberkas pada Jumaat lalu (6 Ogos) apabila para pegawai kastam menemui beratus-ratus botol mengandungi minuman keras yang dihasilkan secara haram dan kemudahan pengeluaran arak haram.

Dalam kenyataan medianya pada Jumaat, Kastam Singapura menyatakan ia merampas lebih 670 botol, 30 bekas cecair dan dua baldi minuman keras yang dihasilkan secara haram semasa operasi tersebut.

Pada pagi 6 Ogos, para pegawai bertindak atas maklumat yang diterima dan memeriksa sebuah kereta berdaftar di Singapura yang diletakkan berhampiran Bedok North Street 2. Para pegawai menemui 60 botol minuman keras yang dihasilkan secara haram di but kereta dan lagi 300 botol di kediaman pemandu tersebut di Canberra Road.

Pemandu, seorang warga China berusia 42 tahun, sudah diberkas.

Dalam carian susulan pada hari yang sama di sebuah unit di Estet Perindustrian Woodlands East, para pegawai menjumpai 313 botol, 34 bekas cecair dan dua baldi minuman keras.

Satu meter alkohol, iaitu sejenis alat sukatan, tong-tong aluminium dan tangki air juga ditemui di premis berkenaan.

Seorang warga China berusia 47 tahun ditangkap di unit itu.

Siasatan sedang dijalankan terhadap lelaki-lelaki yang diberkas itu.

Sesiapa yang didapati membeli, menjual, menghantar, menyimpan, memiliki atau berurusan dengan barangan yang tidak dibayar cukai boleh dikenakan denda hingga 40 kali ganda dari jumlah cukai dan GST yang cuba dielakkan atau dihukum penjara sehingga enam tahun.

Mereka yang didapati bersalah kerana menghasilkan barangan yang boleh dikenakan cukai atau memiliki sebarang peralatan, perkakas atau jentera untuk menghasilkan barangan yang boleh dikenakan cukai tanpa lesen boleh didenda sehingga S$5,000 atau dipenjara sehingga 18 bulan. 

Sumber : CNA/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan