Kasino MBS ditutup setelah 2 pekerja diuji positif COVID-19
Kasino di Marina Bay Sands ditutup bagi kerja-kerja pembasmian kuman tengah hari tadi (17 Mei) setelah dua pekerjanya diuji positif COVID-19.
SINGAPURA: Kasino di Marina Bay Sands ditutup bagi kerja-kerja pembasmian kuman tengah hari tadi (17 Mei) setelah dua pekerjanya diuji positif COVID-19.
Mereka kali terakhir berada di tempat kerja pada sebelah pagi Sabtu (15 Mei).
Menurut laman Marina Bay Sands, kakitangan yang berhubung rapat dengan kedua-dua pekerja tersebut sudah diasingkan.
Usaha pengesanan kontak juga sedang dijalankan bagi mengenal pasti para tetamu yang merupakan kontak rapat mereka.
Tempat-tempat lain seperti hotel, pusat beli-belah, muzium dan pusat pamerannya bagaimanapun masih dibuka.
Tarikh kasino dibuka semula masih belum ditetapkan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.