Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kasih sayang bapa ikatan kuat sebuah keluarga yang teguh - Masagos

Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga Masagos Zulkifli mengalu-alukan usaha Pusat Kebapaan dalam melahirkan keluarga yang kukuh supaya generasi muda menjadi individu yang dapat menyumbang kepada keluarga, kaum dan negara.

Anggaran Waktu Membaca:
Kasih sayang bapa ikatan kuat sebuah keluarga yang teguh - Masagos

Seorang lelaki berkelah bersama anaknya di sebuah pantai. (Gambar hiasan: Gaya Chandramohan)

SINGAPURA: Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga Masagos Zulkifli mengalu-alukan usaha Pusat Kebapaan dalam melahirkan keluarga yang kukuh supaya generasi muda menjadi individu yang dapat menyumbang kepada keluarga, kaum dan negara.

Beliau berkata demikian dalam satu catatan di laman Facebook hari ini (7 Sep) selepas melancarkan Bulan Kebapaan yang ketiga anjuran Pusat Kebapaan (Centre For Fathering) khas untuk masyarakat Melayu/Islam pada Ahad.

Pelancaran tersebut juga sebahagian daripada gerakan Bapa Sepanjang Hayat bagi mendorong para bapa supaya mengambil peranan lebih aktif dalam pembangunan dan pendidikan anak-anak.

"Dalam konteks kehidupan hari ini yang rumit dan penuh cabaran, anak-anak kita memerlukan kehadiran dan bimbingan kedua ibu bapa.

"Justeru itu, saya mengalu-alukan usaha Pusat Kebapaan untuk melahirkan keluarga yang kukuh supaya generasi muda kita akan menjadi individu yang dapat menyumbang kepada keluarga, bangsa dan negara.

"Saya harap para bapa akan mengambil kesempatan ini untuk memperolehi pengetahuan dan kemahiran baru melalui pelbagai kegiatan yang dianjurkan," kata Encik Masagos.

Beliau juga menarik perhatian kasih sayang seorang bapa didambakan seseorang anak itu lebih daripada kemahiran, walaupun ia "tidak pernah diungkapkan anak tersebut".

Malah, kasih sayang seumpama itulah yang menjadi ikatan kukuh kepada sesebuah keluarga yang teguh, ujar beliau. 

Sumber : BERITA Mediacorp/im

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa