Skip to main content

Singapura

Karyawan HR perlu siapkan syarikat hadapi teknologi baru, tenaga manusia menua

Karyawan Sumber Manusia (HR) diseru agar menyiapkan pertubuhan masing-masing bagi menggunakan teknologi-teknologi baru dan tenaga manusia yang semakin tua.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 25 Nov 2019 09:20PM Dikemas Kini : 25 Nov 2019 09:23PM

SINGAPURA: Karyawan Sumber Manusia (HR) diseru agar menyiapkan pertubuhan masing-masing bagi menggunakan teknologi-teknologi baru dan tenaga manusia yang semakin tua.

Menteri Negara Tenaga Manusia merangkap Pembangunan Negara Zaqy Mohamad berkata perkembangan teknologi seperti analisis data misalnya, boleh memperbaiki proses pengambilan pekerja.

Berucap di satu acara Sumber Manusia (HR) pada Isnin (25 Nov), Encik Zaqy berkata isu-isu sedemikian boleh membantu perniagaan mengekalkan pertumbuhan.

Di acara tersebut, Encik Zaqy menyampaikan sijil profesional kepada enam karyawan HR.

Sijil-sijil tersebut bertujuan mengukuhkan amalan-amalan HR di Singapura dengan meningkatkan kecekapan dan membenarkan para pengamal HR menjadi ketua gerakan dalam pertubuhan masing-masing.

Antara para penerimanya kali ini adalah ketua HR global syarikat gergasi Coca-Cola, Annella Heytens.

Dengan 750,000 kakitangan merata dunia, beliau akur perlunya mempelbagaikan tugas para pekerja.

Menurut beliau lagi syarikat juga perlu menarik bakat-bakat baru dari luar syarikat.

Sumber : CNA/AA/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita