Karya seni pelukis tempatan Azneeta Md Yusuf terpilih untuk dipamerkan di Times Square, New York
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Karya seni pelukis tempatan, Azneeta Md Yusuf, terpilih sebagai salah satu daripada sepuluh karya yang bakal dipamerkan di papan iklan Times Square, New York pada Januari 2025.
Kejayaan itu dicapai selepas beliau diumumkan sebagai salah seorang pemenang pertandingan antarabangsa, 'The Art Competition 2024' yang dianjurkan oleh Vision Art Media.

Bagi Cik Azneeta, beliau gembira impiannya itu menjadi kenyataan dan dapat membanggakan Singapura.
Ini juga peluang baginya untuk memperkenalkan karyanya di pentas seni global.
"Sejujurnya, saya pernah mencuba beberapa kali sebelum ini, tetapi sering ditolak kerana kurangnya pengalaman dalam bidang ini. Mereka yang terlibat memang hebat, terutamanya artis dari Eropah dan Iran. Mereka adalah antara yang terbaik di dunia. Jadi, saya rasa sangat bersyukur kerana akhirnya terpilih tahun ini, hasil cadangan salah seorang artis dari Poland, Lina Forsdahl," kata Cik Azneeta, 61 tahun.

Karya seni yang mengetengahkan kehalusan dan kerumitan seorang wanita menjadi tumpuan apabila Cik Azneeta mempersembahkan lukisan akriliknya bertajuk "The Woman: A Tapestry of Complexity, Intricately Woman".
“Karya itu menggambarkan bagaimana wanita boleh menjadi kompleks tetapi pada masa yang sama penuh warna-warni. Jika anda lihat lukisan saya, terutamanya bahagian yang berwarna kuning, ia melambangkan tenunan yang kompleks dalam diri seorang wanita. Wanita mempunyai cahaya, kerumitan, dan keindahan yang tersendiri,” jelas Cik Azneeta.
Berkongsi lebih lanjut mengenai teknik yang digunakan, Cik Azneeta turut menerangkan minatnya terhadap seni 'Zentangle' yang menjadi sebahagian daripada identiti karya beliau.
“Biasanya saya melukis dalam bentuk akrilik bersaiz kecil, dan saya juga suka menggunakan 'marker'. Saya sering gabungkan teknik campuran medium, daripada akrilik ke 'marker'. Jika anda lihat hasil lukisan saya, terdapat garisan-garisan halus bersama bulatan kecil. Ini semua adalah 'Zentangle', yang membawa maksud seni terperinci dan kerja-kerja kecil yang penuh kehalusan,” tambahnya lagi.
BERTUAH SERTAI PAMERAN DISOKONG UNESCO DI DUBAI
Sebelum ini, Cik Azneeta turut menyertai pameran seni 'Art Connects Women' di Dubai, Amiriah Arab Bersatu (UAE) pada Mac lalu.
Pameran empat hari anjuran ZeeArts Gallery dengan sokongan UNESCO itu telah menjadi platform utama untuk mempamerkan karya seni wanita dari seluruh dunia sejak 2017.
Cik Azneeta yang tidak dapat hadir secara fizikal kerana komitmen di Jepun, berkongsi pengalamannya:
“Pameran di Dubai sangat gah, sesuai dengan imej Dubai yang sinonim dengan kemewahan. Saya terpaksa menghantar lukisan lebih awal kerana berada di Jepun. Walaupun begitu, saya sangat bertuah kerana karya saya masih dipamerkan dan turut disebut dalam akhbar Khaleej Times. Ini satu penghormatan besar buat saya,"
RAIH PERAK DALAM PAMERAN SENI ANTARABANGSA DI IRAN
Cik Azneeta juga mencatat kejayaan membanggakan apabila dua lukisannya dipamerkan di Ahvaz dan Dezful, Iran, pada Oktober lalu dalam pameran ‘Art Group International Exhibition - The Sound of Autumn’.
Pameran itu menghimpunkan 88 artis dari seluruh dunia, termasuk 28 wakil dari Iran dan 60 lagi dari negara seperti Eropah, Amerika, dan Asia.
Singapura diwakili oleh tiga artis termasuk Cik Azneeta.
Karyanya menggunakan medium campuran (mix media) yang mengetengahkan tema musim luruh dengan keindahan dan refleksi mendalam.

Beliau meraih pingat perak melalui karya berjudul 'The Sound of Autumn: Woman’s Perspective on Nature’s Colorful Transformation”.
Lukisan itu meraikan keindahan musim luruh melalui pandangan seorang wanita yang mengagumi perubahan halus dalam alam semula jadi.
Mengulas kejayaannya, Cik Azneeta berkata: “Saya rasa keindahan musim luruh, baunya, suasananya. Pameran ini disertai 88 artis dari seluruh dunia, termasuk 28 dari Iran dan 60 lagi dari negara lain seperti Eropah dan Amerika. Hanya enam pingat emas, enam perak, dan enam gangsa diberikan, jadi saya sangat berbesar hati meraih pingat perak.”
Selain itu, Cik Azneeta turut mempamerkan karya berjudul“The Sound of Autumn: A Poignant Capturing of Nature’s Fleeing Dance”, yang menggabungkan warna-warna untuk merakamkan peralihan dari musim luruh ke musim sejuk.
HIASI BUKU PUISI JEPUN

Di samping itu, karya Cik Azneeta turut dipilih untuk menghiasi buku puisi bertajuk 'What’s Work Gogyoshi?' hasil tulisan penyair terkenal Jepun, Taro Aizu.
Buku itu mengetengahkan puisi tradisional Jepun dalam bentuk 'Gogyoshi', iaitu puisi lima baris yang mengandungi keindahan bahasa serta elemen puitis mendalam.
Menjelaskan tentang kolaborasi itu, Cik Azneeta menyifatkan peluang tersebut sebagai satu penghormatan besar dalam kerjayanya.
“Beliau (Taro Aizu) adalah seorang penulis terkenal di Jepun. Beliau meminati karya lukisan saya dan bertanya jika boleh menggunakan karya-karya itu dalam bukunya. Saya terus kata, ‘Boleh, kenapa tidak?’", jelas Cik Azneeta.
Menurut Cik Azneeta, peluang itu bermula secara tidak formal apabila Taro Aizu melihat karya-karyanya di Facebook.
“Kami berhubung melalui Facebook. Dari situ, beliau mula menyukai seni saya dan meminta kebenaran untuk menggunakan karya saya. Saya berikan beberapa karya, dan akhirnya dalam buku itu, lebih 10 halaman menggunakan lukisan saya bersama puisinya,” katanya.
Taro Aizu juga meminta Cik Azneeta menyiapkan karya untuk dijadikan kulit buku.
“Satu hari, beliau beritahu saya yang beliau perlukan sesuatu dengan segera untuk muka hadapan. Beliau tanya sama ada saya boleh siapkan dalam masa tiga hari. Saya sangat teruja, lebih-lebih lagi kerana ada artis lain yang turut disenaraikan. Jadi saya siapkan lukisan itu dalam masa empat jam sahaja! Saya benar-benar mahu lakukannya.
“Beliau sangat berpuas hati dan menerbitkannya sebagai muka hadapan buku itu. Saya rasa amat dihargai dan berbangga kerana dapat menyumbang dalam karya sebegini,” kata Cik Azneeta.
GALAK ARTIS MELAYU SG BERANI TONJOLKAN BAKAT DI PERINGKAT ANTARABANGSA
Cik Azneeta berharap lebih ramai artis Melayu Singapura tampil berani untuk mengembangkan bakat dan meletakkan karya seni tempatan di peringkat antarabangsa.
“Ketika saya mula menceburi bidang seni, saya rasa takut kerana melihat kehebatan artis-artis terkenal di seluruh dunia. Namun, keyakinan itu datang dengan masa. Anda akan sedar bahawa anda juga boleh berdiri sebaris dengan mereka, insya-Allah," kata Cik Azneeta.
“Selalu ada peluang terbuka walaupun anda rasa karya anda tidak cukup bagus. Apabila kita melihat karya artis lain yang hebat, jangan gentar untuk mencabar diri. Lakukan sesuatu yang berbeza jika mahu berjaya," tambahnya.
Cik Azneeta menekankan kepentingan untuk meneroka peluang di luar negara.
“Bagi artis Melayu, apabila anda mula melibatkan diri di peringkat antarabangsa, ia akan membawa anda dari satu peluang ke peluang yang lain. Kepuasan sebenar ialah apabila karya kita menembusi arena global, bukan hanya kekal di Singapura.
"Kalau semua orang hanya melukis rumah kedai atau Merlion, bagaimana kita mahu maju ke tahap seterusnya? Kita perlu berani lakukan sesuatu yang lebih unik dan belajar dari pengalaman itu," nasihat beliau.
Cik Azneeta kini sudahpun membuat persiapan untuk menyertai beberapa pameran di luar negara pada tahun depan.

Sumber : BERITA Mediacorp/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.