Skip to main content

Singapura

Karya pakar tembikar tersohor Iskandar Jalil dipamer di NTU

Hasil kerja pakar tembikar negara, Iskandar Jalil ditampilkan dalam satu pameran khas di Galeri NIE di NTU.

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Hasil kerja pakar tembikar negara, Iskandar Jalil ditampilkan dalam satu pameran khas di Galeri NIE di NTU.

Pada bulan lalu Encik Iskandar menerima Ijazah Kehormat Doktor Persuratan dari universiti itu.

Selain koleksi tembikar karya Encik Iskandar Jalil, para pengunjung ke pameran itu juga berpeluang mengetahui persiapan dan proses di sebalik pembuatan sesebuah karya tembikar pemenang Pingat Budaya ini.

"Pengiktirafan pun, pada saya, tak perlu. Yang perlu itu, kalau ia dibuat dengan cara yang baik dan betul, dengan sendiri. Itulah yang baik, untuk pelajaran, untuk masyarakat, bagus," kata Encik Iskandar.

Majlis perasmian pameran itu pada malam kelmarin (16 Ogos) turut dihadiri Setiausaha Parlimen Pendidikan, Profesor Madya Muhd Faishal Ibrahim.

Dr Faishal menggalakkan rakyat tempatan agar meluangkan masa berkunjung ke pameran ini.

"Kita dapat melihat nilai seperti disiplin, rendah diri, pemikiran yang terbuka dalam kerjanya. Jadi saya harap apabila kita melihat, kita boleh mengambil iktibar dan pengajaran," Dr Faishal memberitahu BERITAMediacorp.

Pameran itu berlangsung sehingga 16 hari bulan depan.

Ia dibuka pada hari-hari biasa, dari 10.30 pagi hingga 5.30 petang. 

Sumber : BERITA Mediacorp/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita