Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Karya Mohammad Din Mohammad, Jaafar Latiff antara 300 dipamer di Galeri Nasional S'pura

Lebih 300 karya daripada enam seniman pascamerdeka Singapura yang dianggap inovatif, bakal dipamerkan di Galeri Nasional Singapura (NGS) yang berprestij, bermula Jumaat (7 Mei).

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Lebih 300 karya daripada enam seniman pascamerdeka Singapura yang dianggap inovatif, bakal dipamerkan di Galeri Nasional Singapura (NGS) yang berprestij, bermula Jumaat (7 Mei).

Mereka termasuklah karya Allahyarham Jaafar Latiff dan Allahyarham Mohammad Din Mohammad - dua tokoh seni dan pelukis yang memberi sumbangan besar kepada pembangunan seni moden dan kontemporari Singapura.

Namun hasrat merealisasikannya tidak kesampaian apabila beliau meninggal dunia pada 2007 di usia 52 tahun.

(Gambar: Syawal Yusoff)

"Beliau menghabiskan berhari-hari dan bertahun-tahun mencuba untuk memahami apakah maknanya untuk berada di dalam dunia. Hasilnya beliau lebih tumpu kepada 'Alif'. Dan beliau sangat terpegun dengan sifat tegak 'Alif' itu sendiri.

"Pemilihan karya-karya ini dibuat bersama-sama rundingan dengan keluarga Mohammad Din Mohammad. Dan seterusnya kami mula memahami episod-episod kehidupannya yang berbeza," kata Encik Shabbir Hussain Mustafa yang menjadi kurator pameran itu bersama Cik Teo Hui Min.

Pameran itu turut menampilkan karya dan bahan arkib peribadi seperti gambar dan keratan akhbar yang menceritakan pelbagai sosok diri Mohammad Din Mohammad termasuk sebagai guru silat dan pengamal Sufi mistik.

Dilahirkan di Melaka, Malaysia, warga Singapura itu turut berbakat dalam pelbagai bidang seni seperti tarian dan penulisan.

IMPIAN MOHAMMAD DIN MOHAMMAD SEJAK DULU

Semasa kunjungan kami ke sesi media, BERITAmediacorp difahamkan karya-karya yang dipamerkan adalah sebahagian daripada koleksi Allahyarham dari flat tiga bilik keluarganya di Clementi.

Walaupun sudah hampir 14 tahun meninggal dunia, kasih sayang keluarga terhadapnya tidak pernah luput.

Warisan seninya masih tinggi dijunjung balunya Cik Hamidah Jalil dan enam orang anak-anaknya yang masing-masing berkecimpung dalam dunia seni.

"Inilah memang kehendak Allahyarham daripada dulu. Dia lulusan daripada Akademi Seni Halus Nanyang (NAFA) dan dia memang mengharap sangat dapat mempamerkan karya-karyanya di peringkat nasional. Jadi bila saya dapat bayangkan bila dia ada dengan kita sama-sama, saya rasa dia mesti akan rasa gembira dan terharu dan dia akan lebih tergamam," kata Cik Hamidah.

REKAAN BATIK YANG 'LUAR BIASA'

Bagi Allahyarham Jaafar Latiff pula, karya-karyanya terkenal kerana memberi pembaharuan dan interpretasi berbeza kepada seni batik.

Dengan mengadunkan teknik batik konvensional dengan sentuhan abstrak, Allahyarham berjaya memikat hati peminat seni kontemporari kepada seni tradisional itu.

(Gambar: Syawal Yusoff)

"Tiga siri utama batik ini menunjukkan pendekatan inovatif Jaafar dalam lukisan batik," kata kurator pameran, Cik Goh Sze Ying.

Empat lagi tokoh seni tempatan yang mempamerkan karya mereka adalah Chng Seok Tin, Eng Tow, Goh Beng Kwan dan Lin Hsin Hsin.

(Gambar: Syawal Yusoff)

Pameran 'Something New Must Turn Up: Six Singaporean Artists After 1965' (Perkara Baru Harus Muncul: Enam Pelukis Singapura Selepas 1965) berlangsung dari 7 Mei hingga 21 Ogos.

Masuk adalah percuma. 

Sumber : BERITA Mediacorp/sy
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan