Skip to main content

Singapura

Karnival SG50 ajak penduduk bernostalgia sambil 'menjenguk' ke masa depan

Sekitar 1,600 penduduk dibawa bernostalgia dalam satu karnival SG50 di Hougang hari ini.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 03 May 2015 08:47PM Dikemas Kini : 03 May 2015 09:54PM

SINGAPURA: Sekitar 1,600 penduduk dibawa bernostalgia dalam satu karnival SG50 di Hougang hari ini.

Anjuran badan akar umbi Ang Mo Kio-Hougang, para penduduk menyingkap masa silam Singapura dengan menghayati gambar-gambar pemandangan lama Singapura.

Barang-barang lama yang kebanyakannya daripada koleksi peribadi para penduduk di sini, juga dipamerkan.

Perdana Menteri Lee Hsien Loong juga turun padang untuk menyertai mereka.

Bagaimanapun karnival ini bukan setakat mengenang masa lalu tetapi juga menjenguk ke masa depan.

PM Lee turut serta dalam satu senaman yang dipimpin sebuah robot.

Robot tersebut dicipta sekumpulan pelajar Politeknik Ngee Ann dalam usaha menggalak warga tua bersenam untuk kekal cergas.

Anggota Parlimen GRC Ang Mo Kio, Yeo Guat Kwang berkata karnival ini juga mahu menyampaikan mesej tentang Negara Bijak iaitu menerusi teknologi, kehidupan warga emas akan dijadikan lebih baik.

Memandangkan di GRC Ang Mo Kio ada ramai warga tua, ini kata beliau, satu peluang untuk mendekati mereka.

Sumber : CNA/nt
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita