Karl Liew, anak bekas pengerusi CAG mengaku tipu hakim sewaktu perbicaraan Parti Liyani
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Karl Liew Kai Lung, anak bekas pengerusi Changi Airport Group (CAG), Liew Mun Leong, mengaku di mahkamah pada Khamis (30 Mac) bahawa dia berbohong kepada hakim ketika pembantu rumah keluarganya dibicarakan atas tuduhan mencuri.
Karl, 45 tahun mengaku bersalah atas satu tuduhan sengaja memberi keterangan palsu pada Julai 2018 sewaktu perbicaraan di Mahkamah Negara bahawa sehelai kemeja polo T berwarna krim dan baju merah adalah miliknya.
Tuduhan kedua yang dikenakan atas kesalahan memberi kenyataan palsu kepada pegawai polis bahawa dia menemui "119 helai pakaian" miliknya dalam kotak-kotak yang dibungkus oleh Cik Parti, juga dipertimbangkan.
Mahkamah diberitahu bahawa Cik Parti bekerja sebagai pembantu rumah keluarga Liew antara 2007 dengan 2016.
Cik Parti dibicarakan di mahkamah daerah atas tuduhan mencuri, termasuk dipercayai mencuri baju milik Karl antara 2018 dengan 2019.
Karl mengaku sewaktu perbicaraan itu bahawa dua barangan - sehelai kemeja polo T dan baju merah - adalah miliknya.
Walaupun peguam bela Cik Parti, Encik Anil Balchandani, menyoal balas mengenai barangan tersebut dan berkata baju itu tidak muat bagi badannya, Karl menegaskan pakaian itu adalah miliknya.
Pada saat itu dia tahu bahawa penipuannya akan menyebabkan hakim mendapati Cik Parti bersalah, kata Timbalan Pendakwa Raya Kelvin Chong.
Hakim mahkamah daerah kemudian mendapati Cik Parti bersalah atas tuduhan lain mencuri dan menjatuhkan hukuman penjara 26 bulan.
Mahkamah Tinggi membatalkan sabitan kesalahan apabila rayuan dikemukakan, dengan hakim membangkitkan beberapa isu dengan kesnya, termasuk rantaian keterangan yang terputus.
Beliau juga menyatakan bahawa Karl adalah "seorang saksi yang bukan sahaja kurang kewibawaan tetapi juga tidak mengambil serius proses memberi keterangan".
Kedua-dua pihak pendakwa dan pembela meminta denda maksimum S$5,000 bagi Karl.
Selepas Cik Parti dibebaskan, Encik Liew Mun Leong mengumumkan bahawa beliau akan bersara daripada perkhidmatan awam dan peranan perniagaannya dengan Changi Airport Group, Surbana Jurong, Yayasan Temasek dan Temasek International.

Sumber : CNA/HY/hy
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.