Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kapten SAF mengaku tidak bersalah sebabkan kematian NSF Liu Kai semasa latihan

Seorang kapten Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) mengaku tidak bersalah menyebabkan kematian anggota perkhidmatan negara sepenuh masa (NSF) Liu Kai semasa satu latihan ketenteraan pada 2018.

Anggaran Waktu Membaca:
Kapten SAF mengaku tidak bersalah sebabkan kematian NSF Liu Kai semasa latihan

(Gambar: Howard Law)

Diterbitkan : 18 Mar 2021 06:20PM Dikemas Kini : 18 Mar 2021 06:24PM

SINGAPURA: Seorang kapten Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) mengaku tidak bersalah menyebabkan kematian anggota perkhidmatan negara sepenuh masa (NSF) Liu Kai semasa satu latihan ketenteraan pada 2018.

Kapten Ong Lin Jie, 30, dibicarakan pada Khamis (18 Mac) di Mahkamah Negara atas kejadian di Jalan Murai dekat Lim Chu Kang pada 3 Nov 2018.

Ong mengarah Koperal Kelas Pertama (CFC) Liu, yang ketika itu berusia 22 tahun ketika itu, supaya memintas kenderaan perisai Bionix semasa satu simulasi serangan. Ong adalah komander kenderaan Land Rover yang dipandu Liu.

Liu patuh, sekaligus melanggar jarak selamat 30 meter antara kedua-dua kenderaan. Bionix itu kemudian mengundur lalu menghempap bahagian pemandu Land Rover, menyebabkan kematian Liu.

Pegawai perubatan mengesahkan penduduk tetap Singapura itu meninggal dunia tidak lama kemudian.

Ong, seorang pelatih platun yang ditugaskan di Institut Latihan Perisai SAF, dituduh gagal memastikan jarak selamat 30 meter dengan mengarahkan Liu untuk memintas Bionix, tanpa terlebih dahulu menghubungi Bionix berkenaan.

Ong telah digantung perkhidmatan sejak kejadian itu.

Menurut dokumen mahkamah arahan itu tidak selamat "kerana risiko Bionix akan melepaskan tembakan dan melakukan latihan lepaskan diri dengan mengundurkan Bionix".

Pihak pendakwa berkata mereka akan mengemukakan bukti untuk menunjukkan bahawa akibat itu semestinya jelas bagi Ong, untuk membuktikan pertuduhan itu tanpa keraguan yang munasabah.

JARAK SELAMAT APABILA MEMINTAS

Kapten Wan Hong Wee, pegawai yang memimpin latihan tersebut, memberi keterangan pada Khamis bahawa beliau melakarkan latihan tersebut berdasarkan objektif latihan yang ditetapkan.

Beliau juga bergerak di sekitar kawasan latihan, menempatkan dirinya di persimpangan kritikal di mana pertempuran antara kenderaan boleh berlaku.

Kapten Wan memberitahu mahkamah bahawa Ong perlu tahu rancangan kedua-dua belah pihak untuk lebih memahami keadaan di lapangan dan menjalankan peranannya sebagai jurulatih.

Jarak selamat 30 meter, yang diguna pakai bagi kenderaan berperisai dan bukan perisai, bertujuan untuk mengelakkan sebarang bahaya atau perlanggaran, dan memberi masa yang cukup untuk bertindak balas, katanya.

Tidak ada peraturan khusus mengenai perbuatan melintas kendaraan lain. Namun apabila memintas kenderaan perisai, anggota kru perlu memastikan jarak 2 meter antara kenderaan, tambahnya.

Kapten Wan berkata beliau akan cuba menghubungi kenderaan di hadapannya sebelum memintas.

Mengenai tragedi tersebut, Kapten Wan berkata Ong menelefonnya untuk melaporkan kejadian itu, tetapi beliau tidak faham apa yang sedang terjadi. Beliau juga terdengar bunyi tembakan.

Jika disabit kesalahan, Ong boleh dihukum penjara sehingga lima tahun atau didenda, atau kedua-duanya sekali.

Sebaik selepas kemalangan maut itu, lima NSF dari Pasukan Pertahanan Awam Singapura berkongsi gambar tempat kejadian di aplikasi pesanan WhatsApp.

Mereka didapati melanggar Akta Rahsia Rasmi, dan didenda atau dikenakan probesen.

LAPORAN BERKAITAN:

Sumber : Today/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan