Kapten SAF dituduh sebabkan kematian NSF Dave Lee bebas dari tuduhan
Seorang kapten Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) yang didakwa pada 2018 menyebabkan kematian seorang anggota perkhidmatan negara sepenuh (NSF) akibat tindakan terburu-buru dilepaskan daripada tuduhan namun tidak membawa pembebasan sepenuhnya, menurut Pejabat Peguam Negara (AGC) pada Rabu (5 Feb).
CFC Lee meninggal dunia pada usia 19 tahun pada April 2018.
SINGAPURA: Seorang kapten Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) yang didakwa pada 2018 menyebabkan kematian seorang anggota perkhidmatan negara sepenuh (NSF) akibat tindakan terburu-buru dilepaskan daripada tuduhan namun tidak membawa pembebasan sepenuhnya, menurut Pejabat Peguam Negara (AGC) pada Rabu (5 Feb).
Kapten (CPT) Tan Baoshu, 31 tahun, dituduh menyebabkan kematian NSF Dave Lee Han Xuan pada Oktober 2018 melalui tindakan terburu-buru tidak setara dengan pembunuhan secara sengaja.
Korporal Kelas Pertama (CFC) Lee 19 tahun meninggal dunia pada April 2018, setelah mengalami strok haba sejurus selesai menjalani baris pantas 8 kilometer.
CPT Tan adalah pegawai penyelia ketika itu dan dituduh gagal membawa keluar CFC Lee dengan segera. Dia juga dituduh tidak membenarkan rawatan sewajarnya diberikan kepada CFC Lee, menyebabkan kematian NSF itu akibat strok haba.
CPT Tan dijadual dibicarakan atas satu dakwaan, yang membawa hukuman penjara hingga lima tahun, denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
Menjawab pertanyaan Mediacorp, seorang jurucakap AGC berkata mahkamah pada 8 Januari tahun ini melepaskan CPT Tan daripada tuduhan namun tidak membawa kepada pembebasan. Ini bermakna pihak pendakwa tidak akan meneruskan dakwaan, namun tidak bermakna bahawa tertuduh didapati tidak bersalah.
Seorang jurucakap AGC memberitahu CNA bahawa CPT Tan "didiagnos menghidap barah Tahap 4".
Menurut Kod Prosedur Jenayah, pihak pendakwa raya boleh memilih untuk tidak meneruskan dakwaan pada bila-bila masa perbicaraan.
Menurut Sekseyen 232 kod itu, "pendakwa raya boleh, jika memutuskan ianya wajar, memaklumkan mahkamah bahawa beliau tidak akan meneruskan dakwaan ke atas tertuduh, dan prosiding bagi dakwaan itu akan digantung dan dia akan diberi pelepasan".
Mediacorp sudah menghubungi peguam bela CPT Tan untuk memberi ulasan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.