Kapten MRT imbau kenangan 30 tahun, sedang khidmat generasi pertama labuhkan tirai
Anggaran Waktu Membaca:
Kapten MRT Mohd Zaidi Sulaiman dalam kabin pemandu kereta api MRT. (Gambar: Mediacorp)
SINGAPURA: Selepas 31 tahun mengendalikan MRT generasi pertama Singapura, kini kapten MRT Mohd Zaidi Sulaiman terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepada MRT terakhir bagi armada itu yang secara rasmi ditamatkan khidmatnya pada Jumaat (26 Sep).
“Saya rasa sangat sedih kerana kami membesar bersama MRT ini,” kata lelaki berusia 52 tahun itu, yang mula memandu MRT C151 Kawasaki Heavy Industries pada 1994 ketika beliau baru berusia 20 tahun.
“Saya bermula sebagai seorang bujang, baru tamat NS (Perkhidmatan Negara). Kemudian berkahwin, ada anak… dan sampai hari ini… saya bangga untuk katakan, ia adalah satu perjalanan yang indah,” kata Encik Zaidi.
Armada MRT C151 Kawasaki, yang terdiri daripada 66 MRT, mula beroperasi di Laluan Utara-Selatan dan Laluan Timur-Barat pada November 1987.
Ia menandakan permulaan perjalanan MRT Singapura dengan lima stesen dari Yio Chu Kang ke Toa Payoh.
Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) dan SMRT mula menghentikan perkhidmatan MRT generasi pertama itu pada 2020.
Menteri Pengangkutan ketika itu, Chee Hong Tat, berkata tahun lalu bahawa kesemua MRT tersebut akan digantikan menjelang akhir 2026 selepas mencapai jangka hayat operasi selama 38 tahun.
Selain MRT terakhir C151, Singapura juga sudah menamatkan perkhidmatan MRT generasi kedua C651 Siemens dan MRT generasi ketiga C751B Kawasaki-Nippon Sharyo, yang masing-masing ditamatkan pada akhir 2024.
Secara keseluruhan, 106 MRT sedemikian sudah digantikan dengan armada baharu R151 Alstom.
Setakat sehingga 18 September, sebanyak 79 MRT R151 sudah tiba di Singapura.
Daripada jumlah itu, 70 diserahkan kepada SMRT, manakala 9 lagi sedang menjalani ujian dan akan dihantar menjelang 2026.
PERJALANAN SEORANG KAPTEN MRT

Bagi sesetengah penumpang, MRT generasi pertama mengembalikan nostalgia, dengan pengguna media sosial mengimbas kembali kenangan zaman kanak-kanak.
Bercakap kepada media selepas salah satu syif terakhirnya memandu MRT C151, Encik Zaidi berkongsi perbezaan yang hanya dapat dirasai oleh kapten MRT yang berpengalaman.
MRT itu adalah yang paling “lancar” untuk dikendalikan, katanya.
“Sebagai kapten MRT, kami boleh rasa setiap armada MRT mempunyai sistem brek yang berbeza.”
Beliau mengimbas kembali tahun-tahun awal mengendalikan MRT generasi pertama, di mana pemandu MRT perlu menggunakan brek secara manual semasa cuaca hujan bagi kawalan yang lebih baik.
Ini adalah satu ujian kemahiran dan ketepatan yang menjadi kebanggaan.
“Dahulu, kami suka cabar satu sama lain - siapa yang paling cekap mengendalikan brek, siapa yang dapat menekan brek dengan paling lancar.”
Era itu berakhir selepas sistem isyarat dinaik taraf pada 2018, memperkenalkan lebih banyak automasi dan mengurangkan keperluan untuk brek manual.
“Bila sistem semakin canggih, lebih banyak fungsi automatik diperkenalkan. Kami kurang menyentuh sistem MRT, melainkan apabila perlu,” katanya.
Namun, masih ada beberapa perbezaan antara MRT generasi pertama dan model baharu.
Ujian brek, contohnya, masih perlu dilakukan secara manual pada MRT lama, berbanding MRT baharu yang mempunyai fungsi ujian brek automatik.
Ketika MRT C151 mula diperkenalkan, ia mempunyai tempat duduk berwarna jingga yang sempit - satu reka bentuk yang kekal dalam ingatan ramai penumpang.
Antara 2004 hingga 2009, MRT ini menjalani naik taraf untuk menambah kapasiti, memperkenalkan tempat duduk lebih lebar dan ruang untuk kerusi roda.
BEKERJA DI LANDASAN

Encik Zaidi malah pernah bercita-cita menjadi cef dan sudah pun diterima masuk ke sekolah kulinari, tetapi akhirnya memilih untuk menyertai SMRT apabila ditawarkan jawatan sebagai kapten MRT pada 1994.
“Mengapa saya pilih SMRT? Ini peluang seumur hidup untuk memandu MRT,” katanya. “Kalau saya lepaskan peluang ini, saya tak tahu bila saya akan diberi peluang sebegini lagi.”
Selepas enam bulan latihan, beliau layak sebagai pengendali MRT - satu pekerjaan yang dipegangnya selama lebih tiga dekad.
Encik Zaidi mengakui bahawa kerja ini kelihatan membosankan bagi sesetengah orang, tetapi minatnya tidak pernah pudar.
“Buat perkara yang sama berulang-ulang - bagi sesetengah individu, ia membosankan,” katanya. “Tapi minat dalam diri kami… ia terus berkembang dan kerana itu, ramai kapten MRT lama tidak mahu berhenti.”
Kini dengan khidmat MRT generasi pertama ditamatkan, Encik Zaidi akan mengendalikan MRT automatik sepenuhnya R151, yang menurutnya lebih mudah dikendalikan.
“Perjalanan pembelajaran diteruskan dengan armada MRT baharu hari ini,” katanya. “Dengan MRT baharu, kita juga menantikan teknologi baharu.”
Namun, apa yang mendorong beliau kekal sama.
“Paling memuaskan ialah apabila anda selesaikan tugas dengan selamat, dan lihat penumpang anda… pergi dan pulang kerja dengan selamat kepada keluarga mereka,” katanya.
Sungguhpun begitu, MRT C151 tetap mempunyai tempat istimewa di hatinya.

Sumber : CNA/AY/ay
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.