Skip to main content

Singapura

Kapten bus, kakitangan diuji positif COVID-19 dari pusat pertukaran Bishan dan Sengkang tidak tunjuk gejala virus atau simptom ringan

Semua kapten bas dan kakitangan dari kelompok baru COVID-19 di pusat-pusat pertukaran bas Bishan dan Sengkang tidak menunjukkan gejala virus itu atau hanya mengalami simptom virus ringan, kata Penguasa Pengangkutan Darat, LTA pada Ahad (15 Ogos).

Anggaran Waktu Membaca:
Kapten bus, kakitangan diuji positif COVID-19 dari pusat pertukaran Bishan dan Sengkang tidak tunjuk gejala virus atau simptom ringan

Bas SBS Transit. (Gambar fail: Jeremy Long)

Diterbitkan : 15 Aug 2021 01:19PM Dikemas Kini : 15 Aug 2021 01:22PM

SINGAPURA: Semua kapten bas dan kakitangan dari kelompok baru COVID-19 di pusat-pusat pertukaran bas Bishan dan Sengkang tidak menunjukkan gejala virus itu atau hanya mengalami simptom virus ringan, kata Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) pada Ahad (15 Ogos).

Dua kelompok itu adalah antara tiga kelompok baru dikenalpasti Kementerian Kesihatan (MOH) pada Sabtu.

Kelompok Bishan mempunyai sembilan kes COVID-19 sejauh ini, manakala kelompok Sengkang melaporkan 13 jangkitan.

Menurut LTA kelompok-kelompok itu termasuk sembilan kapten
bas dari pusat pertukaran bas Bishan dan lima kapten bas serta dua kakitangan dari pusat pertukaran bas Sengkang.

Kesemua 16 kakitangan itu telah menjalani vaksinasi dan kebanyakan kes dikesan awal menerusi ujian rutin proaktif pantas antigen (ART) oleh SBS Transit, tambah LTA.

97% KAPTEN BAS SBS TRANSIT SUDAH DIVAKSIN

Menjawab pertanyaan Mediacorp, Naib Presiden Kanan perhubungan korporat SBS Transit, Cik Tammy Tan berkata 97 peratus kapten bas syarikat itu sudah menjalani vaksinasi, manakala yang bakinya digalak agar mendapatkan suntikan vaksin.

Kesemua 16 kakitangan yang terjejas sudah ditempatkan di pusat pengasingan atau dirawat di hospital, katanya.

SBS Transit sudah memulakan kerja-kerja pembersihan menyeluruh serta pembasmian kuman di kedua-dua pusat pertukaran bas Bishan dan Sengkang.

Syarikat itu menambah ia mempunyai langkah-langkah pengurusan COVID-19 yang ketat.

MOH juga menawarkan bantuan bagi ujian tambahan kepada semua kakitangan dan kontraktor yang telah pergi ke kedua-dua pusat pertukaran baru-baru ini, kata LTA sambil menambah operasi bas tidak akan terjejas.

Singapura melaporkan 57 kes baru jangkitan tempatan, pada Sabtu termasuk 17 yang tidak berhubung kait kes terdahulu.

Sekarang ini terdapat 111 kelompok aktif di sini dengan masing-masing melaporkan tiga hingga 1,155 jangkitan. 

Sumber : CNA/SU/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita