Skip to main content

Singapura

Kapasiti pengendali SMRT baik pulih MRT dijangka meningkat seganda

Keandalan MRT mungkin mendapat rangsangan tidak lama lagi, apabila kapasiti pengendali SMRT untuk membaik pulih MRT meningkat seganda.
Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 21 Nov 2025 05:19PM Dikemas Kini : 12 Dec 2025 03:49AM
SINGAPURA: Keandalan MRT mungkin mendapat rangsangan tidak lama lagi, apabila kapasiti pengendali SMRT untuk membaik pulih MRT meningkat seganda.

Ini menerusi pembukaan depoh Bishan yang baru dinaik taraf.

Kereta api biasanya memerlukan perkhidmatan sedemikian setiap empat hingga lima tahun.

Ini adalah peningkatan besar pertama depoh MRT tertua Singapura dalam hampir empat dekad.

Kemudahan tersebut menggunakan automasi dan pendigitalan untuk meningkatkan kecekapannya, di tengah-tengah rangkaian MRT yang semakin berkembang dan tenaga kerja yang semakin berusia.

Sebagai contoh, kenderaan berautonomi yang digunakan boleh memindahkan komponen kereta api yang berat dari satu stesen kerja ke stesen kerja yang lain dengan lebih cepat dan selamat.

Mengeluarkan beberapa bahagian kereta api juga akan menjadi lebih cekap, dengan automasi mengurangkan keperluan kakitangan daripada empat orang kepada seorang sahaja.

Usaha-usaha sedemikian dijangka membebaskan sehingga 30 peratus tenaga kerja untuk ditempatkan semula ke tugas-tugas lain dengan nilai yang lebih tinggi.
Sumber : CNA/AA/az
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita