Kapal Tempur RSN ini berteknologi tinggi; berupaya tangani pelbagai ancaman
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Angkatan Laut Republik Singapura (RSN) akan mempunyai kapal-kapal baru berteknologi tinggi untuk meningkatkan keupayaannya dan menangani ancaman yang berubah-ubah.
Dipanggil Kapal Tempur Berbilang Peranan (MRCV), ia dilengkapi sistem senjata yang membolehkan seseorang kelasi melakukan lebih banyak tugas, walaupun bilangan anak kapalnya dikurangkan.
Ini di tengah-tengah bilangan kelahiran yang semakin berkurangan di Singapura.
Rekaan MRCV masih belum muktamad.
Kapal tersebut sedang dibina oleh ST Engineering dan firma Sweden, SAAB.
Penghantarannya akan dilakukan secara berperingkat mulai 2028.
Kapal-kapal baru itu akan menggantikan armada korvet peluru berpandu RSN yang berusia 30 tahun.
Ia sering dikenali sebagai tulang belakang kuasa menyerang.
MRCV boleh diubah suai dengan cepat untuk kegunaan lain seperti usaha bantuan bencana.
Ia berfungsi sebagai "kapal induk" dengan banyak sistem tanpa pemandu yang mengawal kenderaan dan kapal di udara, serta permukaan dan dasar laut.
"Ini membolehkannya menjadi kuasa pengganda, meluaskan kawasan pengaruhnya di mana sahaja ia dikerahkan. Mengendalikan pelbagai sistem tanpa pemandu daripada platform yang berpemandu, adalah satu bidang teknologi baru. Tetapi kami percaya ini adalah keupayaan penting yang akan membolehkan tentera laut kekal relevan dan menangani cabaran masa depan," kata MAJ James Lim, Ketua Operasi, Projek MRCV, RSN Shipbuilding Group.
"Kami membekalkan radar berbilang fungsi. Ini berhubung pengesanan apa yang berlaku di sekeliling kapal-kapal, sama ada kita bercakap tentang sasaran udara - seperti jet pejuang, peluru berpandu, dron - atau kapal permukaan laut. Juga kapal-kapal lain atau kenderaan tanpa pemandu yang menghampiri kapal ini. Serta mengambil tindakan defensif untuk melindungi kapal dan alam sekitar," ujar Nicolas Bouverot, Ketua Asia, Thales.

LAPORAN BERKAITAN:
Sumber : CNA/IA/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.