Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kapal tangki minyak terkandas di perairan Indonesia berjaya diapungkan: MPA

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Sebuah kapal tangki minyak yang terkandas berhampiran saluran paip gas di perairan Indonesia berjaya diapungkan.

Menjawab pertanyaan media, Penguasa Maritim dan Pelabuhan Singapura (MPA) menyatakan pada Jumaat (11 Nov) pihaknya dimaklumkan oleh pihak berkuasa Indonesia mengenai perkembangan terbaru itu.

Kapal Young Yong yang berdaftar di Djibouti itu kini berlabuh di Pelabuhan Nipah di perairan Indonesia.

Ia terkandas di Takong Kecil di Kepulauan Riau di Selat Singapura kira-kira 8.20 malam pada 26 Oktober lalu.
Minggu lalu, Penguasa Pasaran Tenaga (EMA) menyatakan saluran paip berkenaan tidak terjejas oleh kejadian itu.

Ia menambah bahawa tiada laporan mengenai pencemaran minyak di perairan Singapura.

MPA menambah bahawa tiada laporan mengenai pencemaran minyak di perairan Singapura.

Menurut pihak berkuasa Indonesia usaha untuk mengapungkan kapal tangki itu mungkin mengambil masa sehingga sebulan.

Kapal itu sebelum ini juga dikenakan sekatan oleh Amerika Syarikat (AS) kerana didakwa mempunyai kaitan dengan Hezbollah dan cawangan Pengawal Revolusi Iran.
Sumber : CNA/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan