Kapal tangki minyak SG, SUCCESS 9 masih gagal dihubungi
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar: Marine Traffic
SINGAPURA: Pemilik SUCCESS 9, iaitu sebuah kapal tangki minyak berdaftar Singapura, masih gagal menghubungi kapal terbabit yang kali terakhir dikesan berada di perairan Ivory Coast, Afrika Barat.
Penguasa Maritim dan Pelabuhan Singapura (MPA) memaklumkan perkara berkenaan dalam satu kenyataan bagi menjawab pertanyaan media mengenai situasi terkini SUCCESS 9.
MPA pada Selasa menerima laporan bahawa SUCCESS 9, dinaiki beberapa individu tidak dikenali ketika berada pada kedudukan kira-kira 300 batu nautika dari Pantai Abidjan, pada 10 April 2023.
Selain daripada Pusat Penyelarasan Penyelamat Maritim Wilayah Monrovia, MPA memaklumkan pihaknya juga menghubungi pihak berkuasa lain di rantau itu, termasuk pihak berkuasa di Ivory Coast dan Ghana untuk mendapatkan bantuan.
"Pihak berkuasa Ivory Coast mengerahkan aset udara dan laut mereka ke sekitar lokasi terakhir kapal itu," menurut MPA.
Kejadian dilaporkan berlaku kira-kira jam 10.00 malam waktu Singapura.
"Terdapat 20 anak kapal daripada pelbagai kerakyatan berada di atas kapal itu termasuk seorang warga Singapura," menurut kenyataan itu lagi.
MPA memaklumkan pihaknya bekerjasama rapat dengan pemilik kapal, Pusat Penyelarasan Penyelamat Maritim Wilayah Monrovia dan Pusat Gabungan Maklumat di Pusat Kawalan Changi untuk memantau situasi dan memberi bantuan yang diperlukan.

Sumber : Bernama/HY/hy
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.