Kapal tangki berdaftar Malaysia karam di perairan SG; semua kru diselamatkan
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: Marine Traffic/Julian T)
New: You can now listen to articles.
This audio is generated by an AI tool.
SINGAPURA: Kesemua lapan anak kapal tangki Silver Sincere yang berdaftar di Malaysia telah diselamatkan oleh kapal kargo berdaftar Indonesia Intan Daya 368, selepas ia karam di perairan wilayah Singapura berhampiran Pedra Branca pada Ahad (12 Jan).
Penguasa Maritim dan Pelabuhan Singapura (MPA) menyatakan ia telah mengarahkan kapal pengangkut Indonesia itu untuk membantu selepas agensi itu dimaklumkan mengenai panggilan kecemasan Silver Sincere kira-kira 3.40 petang Ahad.
"Nakhoda kapal telah memindahkan semua anak kapal dari kapal yang tenggelam. Semua anak kapal berada dalam keadaan sihat dan akan diturunkan di Batu Ampar, Indonesia," katanya dalam satu kenyataan.
Pada masa kejadian, Silver Sincere dilaporkan dimasuki air.
MPA menyatakan sebagai sebahagian daripada usaha mencari dan menyelamat, agensi itu juga telah mengerahkan kapalnya, bersama-sama dengan kapal Angkatan Laut Republik Singapura dan Polis Pengawal Pantai (PCG) Singapura.
"Fasa mencari dan menyelamat yang diselaraskan oleh MPA telah selesai," menurutnya.
MPA juga telah mengerahkan kapal tunda penyelamat untuk fasa pemulihan kapal. Sebagai langkah berjaga-jaga, kapal tindak balas tumpahan minyak juga telah diaktifkan.
Agensi itu menyiarkan nasihat keselamatan navigasi untuk kapal yang melalui kawasan kejadian agar menjauhi lokasi itu. Trafik navigasi di Selat Singapura tidak terjejas.

Sumber : Bernama/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.