Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kapal SG dan Jepun bertembung di China

Anggaran Waktu Membaca:
 Kapal SG dan Jepun bertembung di China

Kapal berdaftar Singapura, YANGZE 22. (Gambar: MarineTraffic/Owen Foley)

SINGAPURA: Sebuah kapal berdaftar Singapura bertembung dengan sebuah kapal berdaftar Jepun di China pada Isnin malam (30 Dis).

Demikian menurut Penguasa Maritim dan Pelabuhan Singapura (MPA) pada Selasa (31 Dis).

Insiden itu berlaku di Sungai Changjiang sekitar pukul 10.00 malam waktu Singapura.

Kapal Singapura itu, YANGZE 22, dilaporkan mengalami kerosakan pada bahagian badan kapal dan sedang berlabuh di Hengsha East Anchorage bagi penilaian kerosakan.

Ia juga melaporkan sekitar sembilan metrik tan minyak tumpah disebabkan pertembungan itu.

"Pentadbiran Keselamatan Maritrim Shanghai (MSA), bersama dengan beberapa kapal sokongan dikerahkan oleh syarikat YANGZE 22, sedang menjalankan kerja-kerja pembersihan tumpahan minyak.

"MPA dimaklumkan oleh MSA Shanghai bahawa keadaan terkawal," menurut MPA.

YANGZE 22 dan kapal Jepun itu, VEGA DREAM, dalam keadaan stabil dan tiada sebarang kecederaan dilaporkan.

"MPA sedang berhubungan dengan syarikat pengurusan kapal YANGZE 22 dan MSA Shanghai untuk menawarkan bantuan yang diperlukan. MPA akan menyiasat insiden tersebut," tambahnya.
Sumber : CNA/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan