Kapal pesiaran Disney Adventure akan berlabuh di Asia Tenggara buat julung kalinya
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar: Lembaga Pelancongan Singapura/Facebook
SINGAPURA: Kapal pesiaran Disney Cruise Line dijangka akan berlabuh di Asia Tenggara buat julung-julung kalinya.
Mulai 2025, kapal pesiaran baharunya, Disney Adventure akan menjadikan Singapura sebagai pelabuhan eksklusifnya sekurang-kurangya selama lima tahun.

Ia merupakan hasil kerjasama syarikat kapal pesiaran itu dengan Lembaga Pelancongan Singapura (STB) di bawah satu Memorandum Persefahaman (MOU) yang dimeterai antara kedua-dua pihak.
Kerjasama itu adalah sempena ulang tahun ke-100 Walt Disney, sedang ia memperluaskan armada kapal pesiaran dan destinasi baharu yang ditawarkan di seluruh dunia.
Ketua Eksekutif STB, Keith Tan menyifatkan kerjasama itu sebagai "peristiwa penting bagi STB" memandangkan ia "mencerminkan keyakinan tinggi Disney Cruise Line terhadap Singapura dan Asia Tenggara.
"Kapal pesiaran baharu Disney itu akan menjadi satu daya tarikan dan dijangka memacu sektor pelancongan Singapura dalam masa beberapa tahun akan datang," ujar Encik Tan.
Disney Adventure merupakan kapal ketujuh, sekali gus yang terbaharu dalam kumpulan kapal Disney Cruise Line.
SG & ASIA TENGGARA SEBAGAI DESTINASI PELABUHAN PILIHAN
Lokasi strategik, ketersambungan udara dan infrastuktur pelabuhan Singapura yang baik merupakan ciri-ciri yang menjadikannya sebagai hab pelabuhan yang berkembang di Asia Tenggara.
Penyertaan Disney Cruise Line di Singapura berpotensi memikat berjuta-juta penumpang tempatan dan luar negara dalam tempoh lima tahun akan datang.
Ia turut dijangka akan memanfaatkan ekonomi tempatan secara meluas.
TARIKAN KAPAL PESIARAN BAHARU DISNEY CRUISE LINE
Kapal baharu itu bakal menampilkan pengalaman Disney yang inovatif di samping sajian hiburan yang memukau, santapan makanan yang bertaraf dunia dan perkhidmatan tetamu yang membezakan Disney Cruise Line daripada mana-mana kapal pesiaran yang ada di pasaran.
Para tetamu dari semua peringkat usia boleh menjangkakan ruang dan kegiatan khusus yang direka khas untuk mereka. Selain itu, seisi keluarga yang menaiki kapal pesiaran itu berpeluang mencipta kenangan yang tidak dapat dilupakan dengan watak-watak kesayangan mereka seperti Mickey Mouse dan Minnie Mouse, Puteri Disney, Wira Marvel dan banyak lagi.
Menariknya, kapal tersebut juga dijangka akan menjadi antara yang pertama dalam industri pelayaran yang akan dibekalkan dengan bahan api metanol hijau, iaitu salah satu bahan api dengan pelepasan karbon yang terendah.

Sumber : BERITA Mediacorp/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.