Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kapal pesiaran baru Disney Cruise Line akan berlabuh di SG mulai 2025

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Watak kegemaran ramai Mickey Mouse dan rakan-rakannya akan berkunjung ke Singapura dan berlabuh di sini.

Kapal pesiaran Disney Cruise Line yang baru akan menjadikan Singapura sebagai pelabuhan eksklusifnya sekurang-kurangya selama lima tahun mulai 2025.

Ia hasil kerjasama antaraLembaga Pelancongan Singapura (STB) dengan syarikat kapal pesiaran itu.

Singapura akan menjadi pelabuhan eksklusif yang pertama bagi syarikat itu di Asia Tenggara.

Kapal pesiaran yang belum dinamakan itu akan menjadi kapal kelapan dan terbesar dalam kumpulan kapal Disney Cruise Line dan juga kapal pesiaran terbesar yang berlabuh di perairan Singapura.

Demikian menurut Menteri Bertanggungjawab bagi Hubungan Perdagangan S Iswaran di acara pengumuman rasmi itu pada Rabu (29 Mac).

Disney Cruise Line mengumumkan pada November lalu bahawa ia akan mengambil alih kapal Dream Cruise milik Genting Hong Kong, setelah syarikat itu memfailkan ia menjadi muflis menerusi syarikat induknya.

Kapal baru yang akan menjadikan Singapura sebagai tempat pelabuhannya adalah kapal yang sama dibeli oleh Disney Cruise Line dari Dream Cruise. Presiden Disney Signature Experiences Encik Thomas Mazloum mengesahkan perkara tersebut.

Kapal baru itu dianggarkan berupaya menampung 6,000 orang, termasuk 2,300 anak kapal.

Buat masa ini, industri kapal pesiaran menyumbang sekitar S$630 juta kepada Hasil Dalam Negeri Kasar (GDP) Singapura dan menawarkan sekitar 7,000 pekerjaan di sini, kata Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) STB Keith Tan.
Sumber : CNA/AE/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan