Skip to main content

Singapura

Kapal layar mewah terbakar di ONE15 Marina Sentosa Cove

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 07 Jun 2026 10:27AM Dikemas Kini : 13 Jul 2026 01:14PM
SINGAPURA: Kebakaran meletus di atas sebuah kapal layar mewah di ONE15 Marina Sentosa Cove pada pagi Ahad (7 Jun), menyebabkan kepulan asap hitam tebal menjulang ke udara dan menarik perhatian penduduk serta pengunjung di kawasan tersebut.

Kebakaran dilaporkan marak memusnahkan sebahagian kapal layar berkenaan yang dikenal pasti sebagai Eagle Wings III, sebuah kapal layar besar sepanjang 112 kaki yang berlabuh di marina itu.

Menurut maklumat sewaan kapal layar, Eagle Wings III berupaya menampung sehingga 50 tetamu dan digunakan untuk sewaan privet serta acara khas.

Menurut sumber, kebakaran meletus sekitar pukul 8.00 pagi, namun punca kejadian masih belum diketahui.
 
Seorang saksi berkata sebuah kapal pemadam kebakaran milik Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) tiba di tempat kejadian kira-kira 90 minit selepas kebakaran meletus.

Gerold Soh dan Chloe Tan, kedua-duanya berusia 21 tahun dan menginap di Hotel ONE15 yang terletak bersebelahan, berkata mereka menyedari kepulan asap tersebut sejurus keluar dari bilik mereka pada pagi Ahad.

Pasangan itu pada mulanya bercadang untuk berenang di kolam renang sebelum terlihat asap tebal dari kawasan marina.

“Kami keluar dari bilik dan melihat banyak asap,” kata Encik Soh.

Mediacorp sudah menghubungi polis dan SCDF untuk mendapatkan maklumat lanjut.
Sumber : CNA/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita