Kapal kontena terkandas di Pantai Tanjong di Sentosa, tiada kecederaan atau pencemaran dilaporkan
Anggaran Waktu Membaca:
Kapal kontena Marco Polo 802 berlabuh di Tanjong Beach di Sentosa pada 6 Jun 2025. (Gambar: Facebook/MPA)
SINGAPURA: Kapal kontena Marco Polo 802 telah berlabuh di Pantai Tanjong di Sentosa pada pagi Jumaat (6 Jun), menurut Penguasa Maritim dan Pelabuhan Singapura (MPA).
Tiada sebarang kerosakan, kecederaan atau pencemaran dilaporkan, menurut MPA sambil menambah keselamatan pengemudian juga tidak terjejas.
Dalam satu catatan Facebook pada Jumaat, Sentosa menyatakan tiada tumpahan minyak dikesan sejauh ini.

Menurut MPA, pihaknya telah mengerahkan bot-bot tunda untuk menunda kapal tersebut, yang dalam berada keadaan stabil, ke laut.
Sementara itu, kawasan pantai itu masih dibuka kepada orang awam.
"MPA dan Perbadanan Pembangunan Sentosa (SDC) sedang bekerjasama dengan agensi-agensi berkaitan untuk memastikan sebarang gangguan berlaku secara minimum," menurut MPA sambil menambah pihak sedang menyiasat kejadian itu.

Sumber : CNA/AY/ay
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.