Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kapal kontena SG ditunda ke pelabuhan selepas hilang kuasa di New Zealand

Anggaran Waktu Membaca:
 Kapal kontena SG ditunda ke pelabuhan selepas hilang kuasa di New Zealand

(Gambar: Jerzy Nowak/vesseltracker.com)

SINGAPURA: Sebuah kapal berdaftar Singapura yang kehilangan kuasa di perairan New Zealand sudah ditunda ke pelabuhan, menurut Penguasa Maritim dan Pelabuhan Singapura (MPA) pada Jumaat (12 Mei).

Kapal yang bernama Shiling itu, meminta bantuan daripada pihak berkuasa Maritim New Zealand sekitar pukul 4.30 pagi waktu Singapura pada Jumaat.

Ini setelah enjin utama kapal itu gagal berfungsi dan ia mula hanyut mengikut "ombak besar" kira-kira 22 batu nautika (41 kilometer) utara-barat Farewell Spit, yang terletak di Golden Bay di hujung Pulau Selatan New Zealand, menurut MPA dalam satu kenyataan.

Pada pukul 7.00 pagi waktu Singapura, kapal Shilling mengeluarkan panggilan kecemasan, menurut catatan Facebook Maritim New Zealand yang menyatakan bahawa ia mempunyai 24 anak kapal dan tiada risiko kapal itu terkandas.

Pertubuhan Nasional mencari dan menyelamat New Zealand, Pusat Penyelarasan Penyelamat NZ, kemudian melakar pelan menyelamat.

Maritim New Zealand menyatakan bahawa nakhoda kapal Shiling memberitahu mereka bahawa anak kapalnya berasa selamat berada di atas kapal dan muatannya juga disimpan dengan selamat.

Sebuah bot tunda tiba di tempat kejadian dan disambungkan kepada kapal kontena itu hampir pada pukul 1.00 tengah hari Singapura.

"Shiling sudah ditunda dengan selamat oleh sebuah bot tunda oleh pihak berkuasa New Zealand ke Golden Bay bagi penilaian lanjut dan kerja-kerja pembaikan," menurut MPA pada petang Jumaat.

"MPA sedang menyiasat punca insiden ini dan sedia memberi bantuan yang diperlukan kepada pengurus dan nakhoda kapal."

Menurut akhbar New Zealand Herald, ia merupakan insiden keempat di perairan negara itu yang melibatkan kapal Shiling dalam tempoh kurang setahun.

Ia juga rosak bulan lalu di laluan utama perkapalan Wellington selepas mengalami gangguan pada enjin di pelabuhan utama ibu kota New Zealand pada Februari dan kerosakan enjin pada Julai 2022.
Sumber : CNA/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan