Kapal kontena karam dekat perairan Batam
Latar langit Singapura dilihat dari Batam pada 19 September 2023. (Gambar fail: AFP/Bay Ismoyo)
This audio is generated by an AI tool.
Golden Star 1 yang berdaftar di Tanzania karam di luar pulau Indonesia itu kira-kira pukul 10.30 malam waktu Singapura, menurut MPA dalam satu kenyataan media.
Kesemua sembilan anak kapalnya berjaya diselamatkan oleh pihak berkuasa Indonesia.
Trafik kapal di Selat Melaka dan Singapura tidak terjejas oleh kejadian itu, dan buat masa ini, tiada laporan mengenai pencemaran minyak di perairan Singapura, menurut MPA, sambil menambah bahawa ia telah "memaklumkan kepada pihak berkuasa Indonesia dan sedang memantau keadaan".
"Penguasa Maritim dan Pelabuhan Singapura (MPA) menasihati kapal-kapal supaya berhati-hati semasa melalui kawasan itu, dan melaporkan kepada pihak berkuasa jika ternampak kontena-kontena yang terapung," menurut MPA.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.