Kapal kargo elektrik pertama SG mula pelayaran
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Kapal kargo elektrik pertama Singapura sudah memulakan pelayarannya pada Khamis (23 Nov).
Kapal Hydromover itu hasil idea Goal Zero iaitu satu daripada tiga konsortium yang menerima dana pada Ogos 2021, untuk membina kapal sedemikian.
Dana diberi oleh Penguasa Maritim dan Pelabuhan Singapura (MPA) dan Institut Maritim Singapura.
Kapal tersebut tidak mengeluarkan karbon dan boleh mengangkut kargo sehingga 25 tan.
Ia juga berpotensi mengurangkan kos operasi sehingga 50 peratus berbanding kapal kargo biasa.
MPA merancang untuk bekerjasama dengan lebih banyak rakan kongsi seperti agensi kajian dan institusi kewangan untuk capai sifar pelepasan karbon bagi kapal di sini.
"Pengetahuan dan keupayaan yang diraih daripada pembangunan Hydromover sudah tentu akan mningkatkan pemahaman tentang reka bentuk kapal pelabuhan elektrik dan pilihan teknologi yang ada," kata Kenneth Lim, Penolong Ketua Eksekutif Industri dan Transformasi Penguasa Maritim dan Pelabuhan Singapura.

Sumber : CNA/NY/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.