Skip to main content

Singapura

Kapal bertema Cartoon Network berlayar dari S'pura lewat 2018

Ia adalah kapal pesiaran pertama yang akan menjalani "perubahan penuh Cartoon Network", menurut kenyataan media syarikat itu.

Anggaran Waktu Membaca:
Kapal bertema Cartoon Network berlayar dari S'pura lewat 2018

Lakaran Cartoon Network Wave. (Gambar: Cartoon Network Wave)

Diterbitkan : 25 Jan 2018 05:58PM Dikemas Kini : 25 Jan 2018 06:06PM

SINGAPURA: Ini berita gembira buat para penggemar Cartoon Network.

Turner Asia Pasific, yang mengedarkan Cartoon Network di rantau ini, hari ini (25 Jan) mengumumkan ia akan bekerjasama dengan syarikat pengurusan kapal pesiaran Oceanic Group untuk melancarkan kapal pesiaran bertema menampilkan watak-watak popular Cartoon Network.

Kapal tersebut akan dipanggil Cartoon Network Wave. Ia adalah kapal pesiaran pertama yang akan menjalani "perubahan penuh Cartoon Network", menurut kenyataan media syarikat itu.

Lakaran kolam Toonix di Cartoon Network Wave. (Gambar: Cartoon Network Wave)

Lakaran kolam Toonix di Cartoon Network Wave. (Gambar: Cartoon Network Wave)

Ia dijadual memulakan pelayaran pertama dari pelabuhan Singapura pada hujung 2018 dan dilengkapi 11 dek tetamu dan boleh menampung 2,000 tetamu.

Kapal itu diilhamkan berdasarkan watak-watak daripada rancangan ikonik seperti Adventure Time, Powerpuff Girls dan Ben 10, menurut Encik Turner menerusi kenyataan media tersebut.

Lakaran taman kembara bertali di Cartoon Network Wave. (Gambar: Cartoon Network Wave)

Lakaran taman kembara bertali di Cartoon Network Wave. (Gambar: Cartoon Network Wave)

Antara daya tarikannya termasuk restoran burger bertemakan Johnny Bravo dan diberi nama Bravo's Place, kolam Toonix dan taman kembara bertali.

Selain itu, terdapat 800 kabin dan suit, termasuk dua suit tiga tingkat.

Cartoon Network Wave akan berlabuh di Pusat Pesiaran Singapura dan berlayar ke 13 destinasi di rantau ini termasuk Malaysia, Thailand, China, Taiwan, Korea Selatan, Australia dan Jepun.

Lakaran tempat permainan kanak-kanak dalam suit tiga tingkat Cartoon Network Wave. (Gambar: Cartoon Network Wave)

Lakaran tempat permainan kanak-kanak dalam suit tiga tingkat Cartoon Network Wave. (Gambar: Cartoon Network Wave)

Tarikh dan jadual perjalanan bagi laluannya akan diumumkan pada bulan-bulan mendatang dan harga tiket bermula pada AS$150 (S$200) semalaman, menurut laman Cartoon Network. 

Sumber : CNA/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita