Kapal baru harus berkuasa elektrik sepenuhnya jelang 2030
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Semua kapal baru mesti berkuasa elektrik sepenuhnya atau boleh menggunakan bahan bakar lebih bersih seperti hidrogen menjelang 2030.
Ia adalah sebahagian daripada usaha memastikan semua kapal pelabuhan dan kapal peranginan mencapai sasaran sifar bersih pengeluaran karbon menjelang 2050.
Konsortium Lepas Pantai dan Maritim Keppel sedang mengubah suai feri 30 penumpang untuk menggunakan bateri bagi perjalanan lebih mesra alam.
Apabila siap kelak, ia akan menjadi feri elektrik pertama Singapura.
Konsortium tersebut juga sedang berusaha menghasilkan sebuah stesen mengecas yang akan diuji cuba, lewat tahun ini.
Transformasi tersebut bermakna operasi lebih mesra alam dan berkesan.
Penguasa Maritim dan Pelabuhan (MPA) kini sedang bekerjasama dengan institusi-institusi kajian bagi meninjau lokasi potensi bagi prasarana mengecas tenaga elektrik untuk menyokong kapal elektrik.
Namun ia bukan saja melibatkan kapal penumpang tetapi juga kapal kargo.
MPA juga memberikan sokongan bagi penghasilan kapal-kapal berkuasa elektrik sepenuhnya menjelang 2025.

Sumber : CNA/RU/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.