Kandungan pelajaran di sekolah kerap disemak untuk terapkan kes dera haiwan
SINGAPURA: Pendidikan berhubung kebajikan haiwan sentiasa dikemaskini bagi semua peringkat di sekolah untuk menyertakan kes-kes penderaan haiwan terbaru.
Menteri Negara Pendidikan Gan Siow Huang berkata, melindungi kebajikan haiwan adalah tanggungjawab bersama antara sekolah, ibu bapa dan rakan kongsi masyarakat.
Kenyataan itu dibuat sedang Persatuan Mencegah Penganiayaan Haiwan (SPCA) mengatakan ia sedang menyaksikan bilangan kes penderaan kucing yang amat membimbangkan.
Terdapat 11 kes tahun ini berbanding 16 kes pada keseluruhan tahun lalu.
Isu kebajikan haiwan kini diterap dalam subjek-subjek seperti Pendidikan Perwatakan dan Kewarganegaraan (CCE), serta pendidikan sosial dan sains.
Menurut Cik Gan, di peringkat sekolah rendah, pelajar diajar tentang penjagaan haiwan, termasuk cara untuk menjadi pemilik haiwan peliharaan yang bertanggungjawab.
Pelajar sekolah menengah dan pra-universiti pula diajar bagaimana untuk membuat perubahan kepada isu-isu sosial dan alam sekitar.
Ini termasuk melindungi haiwan.
"Guru-guru kami menerapkan maklumat berguna, termasuk kesan melakukan kesalahan berkaitan penganiayaan haiwan.
"Mengenai kerjasama dengan masyarakat, di mana sekolah ada pilihan untuk bekerjasama dengan rakan kongsi masyarakat dan saya rasa kita semua faham bahawa melindungi kebajikan haiwan adalah tanggungjawab bersama," kata Cik Gan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.