Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Kanak-kanak tadika MOE dapat keutamaan masuk sekolah rendah di tempat sama

Kanak-kanak yang mengikuti tadika Kementerian Pendidikan (MOE) yang terletak dalam pekarangan sebuah sekolah rendah akan mendapat keutamaan untuk memasuki sekolah-sekolah tersebut, umum MOE hari ini (27 Nov).

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 27 Nov 2017 02:36PM Dikemas Kini : 27 Nov 2017 10:37PM

SINGAPURA: Kanak-kanak yang mengikuti tadika Kementerian Pendidikan (MOE) yang terletak dalam pekarangan sebuah sekolah rendah akan mendapat keutamaan untuk memasuki sekolah-sekolah tersebut, umum MOE hari ini (27 Nov).

Di bawah program perintis ini, kanak-kanak akan layak di bawah Fasa 2A2 bermula dari Pendaftaran Darjah 1 2018 untuk memasuki sekolah pada tahun 2019.

Sebelum ini, fasa 2A2 dikhususkan bagi kanak-kanak yang ibu bapa atau
adik-beradiknya pernah belajar di sekolah rendah yang dipilih, atau bagi kanak-kanak yang ibu bapanya ialah kakitangan sekolah yang dipilih.

Bagaimanapun, MOE akan terus memastikan sekurang-kurangnya 40 tempat dalam setiap sekolah rendah disediakan bagi Fasa 2B dan 2C.

12 sekolah rendah yang menempatkan tadika MOE ialah Northoaks, Riverside, Punggol Green, Punggol View, Sengkang Green, Springdale, Farrer Park, Blangah Rise, Dazhong, Frontier, Westwood dan West Spring. Tadika sedemikian juga diletakkan dibawah pengurusan sekolah-sekolah tersebut.

BERMANFAAT DARI SEGI PERALIHAN

Buat masa ini, sekitar separuh kanak-kanak yang memasuki tadika-tadika MOE melanjutkan pelajaran ke Darjah 1 di sekolah yang sama, menurut MOE dalam satu taklimat media yang diadakan di ibu pejabatnya di Buona Vista hari ini (27 Nov).

MOE menyatakan ia menerima maklum balas dari para guru dan ibu bapa tentang manfaat peralihan ke Darjah 1 dalam sekolah rendah yang sama. Dengan kanak-kanak itu terus berada dalam persekitaran fizikal, sosial dan pendidikan yang sama, ia melicinkan lagi persiapan mereka menghadapi perubahan di Darjah 1, kata seorang jurucakap.

Menurut Menteri Pendidikan Ng Chee Meng: "Dengan persekitaran ini, kami berharap dapat membantu kanak-kanak ini menjalani proses pendidikan lebih lancar, persekitaran yang tidak berbeza di mana kanak-kanak lebih dewasa dapat menjaga pelajar-pelajar baru."

MOE, yang sudah mengendalikan tadika selama sekitar empat tahun, sekarang ini mempunyai 15 tadika di dalam sekolah rendah. Tiga lagi terletak di kawasan perumahan dan akan dipindahkan ke sekolah rendah.

Di Rapat Umum Hari Kebangsaan tahun ini, Perdana Menteri Lee Hsien Loong mengumumkan bahawa MOE akan menambah jumlah tadikanya kepada 50 menjelang 2023. MOE menyatakan semua tadika barunya akan dibuka di tapak bangunan sekolah rendah.

Antara faktor yang memberi kanak-kanak keutamaan memasuki tadika MOE termasuk mempunyai adik beradik dalam tajaka satu (K1) pada tahun pendaftaran, tinggal berdekatan dan dari keluarga yang mempunyai tangga gaji yang ditetapkan.

Buat masa ini, tadika-tadika tersebut mengambil 60 hingga 120 pelajar bagi peringkat K1.  

Sumber : CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan