Kanak-kanak prasekolah di Tampines sebar mesej jimatkan air
SINGAPURA: Mereka mungkin tidak kelihatan seperti pejuang penjimatan air, namun sekumpulan kanak-kanak prasekolah ada pesanan penting untuk penduduk Tampines - iaitu, betapa pentingnya melindungi sumber air yang cukup berharga.
Inisiatif itu kini diharap dapat dilakukan di lebih banyak sekolah di negara ini.
Tubuh mereka mungkin kecil, tapi misi mereka cukup besar iaitu untuk menjimatkan air.
Mereka sudahpun belajar pelbagai cara untuk menggunakan air yang dikitar semula - daripada mencuci kereta, kepada menyiram tanam-tanaman.
Kegiatan di sebuah tadika yang terletak di Tampines merupakan sebahagian usaha penjimatan air kebangsaan.
Sebilangan kanak-kanak kecil itu malah ingin terlibat sama dalam mengubah gaya hidup mereka.
"Kanak-kanak ini melakukan pelbagai kegiatan berkaitan air, yang mereka dapati cukup menarik. Mereka juga melakukan banyak lawatan sambil belajar, seperti ke Tampines Waterway dan prasarana NEWater di Bendungan Marina," kata Pembimbing Kluster, Skool4Kidz@Tampines Greenridges, Vasandy Narayanayar.
Antaranya, 10 pelajar prasekolah juga berpeluang mengedarkan penanda buku serta risalah kepada penduduk Tampines mengenai penjimatan air.
"Amat memberangsangkan melihat kanak-kanak ini, semuda usia tiga hingga empat tahun, menyampaikan pesanan kepada estet kejiranan kepada orang ramai.
"Ini dapat bantu mereka berfikir, dan katakan kepada orang dewasa apa yang harus kami lakukan, sedangkan anak-anak kecil ini begitu bersemangat tentang penjimatan air serta penggunaan air yang dikitar semula," ujar Menteri Negara Kanan Kemampanan & Sekitaran Koh Poh Koon.
Semangat serta keghairahan terhadap penjimatan air sebegini diharap dapat dikembangkan ke lebih banyak tadika serta pusat penjagaan kanak-kanak di seluruh Singapura.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.